Thursday, May 26, 2011

Haram walau apa juga alasan...


KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.



Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden. 


Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam. 

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama. 

Peguambela dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran...



"Jika permohonan ini tidak berjaya, bagaimana anak guam saya ingin melanjutkan pengajian? jika dia berada di asrama, asrama mana dia patut berada?" 
BLa..bla...bla....(Hujah macam ni boleh pakai ke dalam pembelaan?)




P/S : Apa yang berlaku benar2 mencabar institusi kehakiman Islam Malaysia...Hakim akan membenarkan pertukaran nama dilakukan SEKIRANYA!!! Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz mempunyai Rahim dan boleh mengandung sekiranya hubungan seksual dilakukan, mgikut pengesahan dokter....


Melainkan jika dia khunsa, dia boleh memilih jantina samada lelaki atau perempuan mengikut kecenderungan itupun perlu diperiksa dan ditentukan oleh pakar.._Timbalan Mufti Terengganu.

No comments:

Post a Comment