Tuesday, April 19, 2011

Tips untuk skor dalam final - dari kacamata seorang pensyarah UTM



Assalamualaikum kawan2!...Masih dalam mood FINAL EXAM..bace tajok entry pon dah tau...Ok! hari ni aku nak berkongsi dengan sume budaK2 PSIS camner nak skor dlam final, tips ni aku bace dari blog seorang pensyarah utm...disebabkan aku pon ade lagi 4paper yg belom selesai..so aku copy tips ni, dan  nak korang bace..mudah-mudahan kite dapat semangat dan inspirasi dari tips pensyarah ni, nampak panjang entry ni! tapi percayelah sangat tidak rugi kalo kite bace...
ok..Smoge berjaye... 

Esok adalah hari pertama minggu ulangkaji bagi pelajar UTM. Ini bermakna para pelajar mempunyai tempoh seminggu sebelum final exam bermula. 

Hari kelmarin, Aina telah datang berjumpa saya. (Aina lagi?? Tak habis2 bermasalah :D). Kali ini bukan masalah cinta. Ia adalah masalah belajar...

Aina: Dr Siti, teruk betul result saya semester ni..Ujian 1 dan 2 sama-sama teruk. Semua subjek pun sama saja. Saya yakin pointer (CPA) saya mesti drop.Hmmm...teruklah saya kali ni..Mak dan ayah pasti kecewa.
Saya: Subjek apa yang teruk? Semua ke? Cuba bagi satu contoh.
Aina: Subjek Termodinamik Kejuruteraan Kimia. Test 1 saya dapat 8/20, test 2 pula 9/20 je..teruknya result saya Dr. Rasa macam kena ulang aje subjek ni.

Saya renung matanya sebaik sahaja dia berkata begitu. Senyuman memang telah hilang dari wajah saya.

Saya: Kalau you kata akan ulang subjek ni, maka pasti akan ulanglah...tak perlu risau2 lagi, tak perlu study lagilah..memang akan fail.

Aina terkesima mendengar jawapan saya. Memang sangat berbeza dengan cara sebenar saya menangani sesuatu isu.

Apabila tinggal hanya seminggu untuk hadapi final, saya memang sudah tiada masa untuk memujuk2 dan berfalsafah. Saya perlu menggunakan pendekatan sedikit 'keras' agar memberi impak yang besar terhadap semangat Aina. Mari kita kirakan markah yang Aina masih belum hilang (termasuk final dan 10% untuk quiz, assignment dan kedatangan).


Total markah = 100

Ujian 1 = 8/20

Ujian 2 = 9/20

Final = 50/50

Quiz, assigment and attendance = 8/10

Bermaksud Aina akan mendapat 75/100 iaitu A-. 

Aina lantas berkata sambil ketawa, 'Tak mungkin saya dapat full mark untuk final saya Dr.'

Saya yakin ramai pelajar berfikir begitu juga. Tak mungkin saya akan dapat full marks. Maka otak anda akan berkata, 'Yes Sir'. Otak anda akan mengambil langkah-langkah yang perlu supaya anda tidak mendapat full marks. Seperti yang pernah saya nyatakan bahawa apa yang kita fikirkan akan menentukan apa yang kita capai. Saya masih belum berkesempatan menerangkan bahawa otak kita akan menurut semua yang kita fikirkan. Ia seperti mekanisma sebuah kereta. Jika kita menekan pedal minyak, kereta akan berjalan iaitu tak mungkin kereta akan berhenti. jika kita inginkan kereta berhenti, kita perlu menekan brek.

Jika anda memberitahu otak anda bahawa anda tidak akan mendapat full marks, maka PASTIanda tidak akan mendapat full marks. Sebaliknya, jika anda berkata, saya akan mendapat full marks dalam Termo KK, otak anda akan bekerja dan berusaha untuk mencapai kehendak anda. Otak anda akan berkata 'yes Sir!'.

Anda tahu kenapa selama ini anda tidak mendapat markah yang tinggi dalam ujian? Ia kerana anda adalah magnet negatif. Antara negative thoughts yang popular adalah, 'Aku memang tak suka subjek ni', 'subjek ni susah nak difahami', 'lecturer tak pandai mengajar', 'banyak sangat kerja lain semester ni', 'carry marks pun dah teruk' dan banyak lagi..Sebagai seorang magnet negatif, anda hanya menarik perkara2 negatif sahaja.

Jika ada orang bertanya adakah anda sudah banyak belajar subjek tersebut, anda akan berkata, 'tak belajar apa-apa pun lagi..takde semangat nak belajar.' Anda sebenarnya terlepas pandang bahawa anda telah banyak berusaha untuk subjek tersebut. Anda tidak pernah ponteng kelas, anda ada semua nota dan selalu cuba memberi tumpuan di dalam kelas. Malah anda sudah berusaha sedaya upaya sewaktu Ujian 1 dan 2. Sebenarnya anda telah banyak belajar subjek Termo KK, tetapi disebabkan anda adalah 'magnet negatif' maka anda hanya nampak bahawa anda masih belum belajar.

Sudah panjang saya menulis. Biar saya terus pergi kepada beberapa tips yang anda boleh cuba. Insya Allah, sekiranya anda mengaplikasikan apa yang saya cadangkan, walaupun hanya ada seminggu lagi untuk final exam, anda BOLEH mendapat keputusan cemerlang seperti yang anda inginkan.

1) Mulai sekarang, nyatakan dalam hati dan di bibir anda bahawa anda mahu mendapat full mark dalam final (nyatakan spesifik subjeknya). Kemudian, pejamkan mata, bayangkan di hari peperiksaan, anda akan menjawab semua soalan dengan mudah dan lancar. Anda senyum dan bayangkan juga anda mendapat A- dalam subjek tersebut. Bayangkan betapa gembiranya anda apabila melihat transkrip anda nanti.

2) Lakukan perkara no (1) sebanyak 3 kali dalam sehari, pagi, tengahari dan malam. Ia dipanggilvisualisation. Saya akan terangkan bahagian ini di entry yang lain.

3) Bangun awal pagi untuk belajar dan melakukan latihan subjek tersebut dan PASTIKAN anda melakukan latihan yang sukar sebelum tidur. JANGAN TONTON VCD/YOUTUBE SEBELUM TIDUR. Ini kerana, sewaktu tidur, hanya badan sahaja yang berehat, otak seperti jantung juga tetap berfungsi sepeti biasa. Otak akan memproses perkara terakhir yang kita fikirkan sebelum tidur. Anda akan terkejut apabila bangun dari tidur, anda dapati soalan tersebut tidaklah sesukar yang anda fikirkan pada malam sebelumnya.

4) Tanya tips daripada pelajar seksyen lain. Soalan final disediakan oleh semua pensyarah yang mengajar subjek tersebut. Kemungkinan pensyarah ada memberi tips kepada pelajarnya. Pinjam buku nota daripada kawan seksyen lain. Ingat: perlu berhikmah sewaktu ingin meminjam nota tersebut.

5) Jangan berjumpa pensyarah untuk memberitahunya bahawa anda 'risau', 'takut', 'tak confident' dan sebagainya. Bayangkan kalau dalam sehari ada 50 pelajar yang menyatakan perkara-perkara begitu, apa perasaan pensyarah? Mereka akan merasa bahawa pelajar tidak kuat semangat dan manja, sedangkan pelajar masih sempat untuk belajar. Anda harus menjaga hati pensyarah dan menunjukkan sifat2 yang positif terhadap pensyarah.

6) Berdoalah, baca al Quran dan merayu kepada Allah agar memberi anda full marks.

7) Yang terakhir, paling penting adalah terus berfikiran positif. Buangkan semua fikiran negatif. Sentiasa nyatakan, 'Oh, saya dah banyak belajar', 'saya dah banyak faham', 'saya pasti skor', 'subjek ni sangat best' dan sebagainya..

Ingat, apabila anda berfikiran positif, akan lebih banyak perkara positif yang akan datang dan berlaku dalam hidup anda. Jalan2 yang selama ini anda tidak sedari akan terbuka satu persatu. Apabila anda positif, mungkin topik yang selama ini anda rasa sukar, sebenarnya amat mudah difahami. Begitu juga jika anda mempunyai aura positif, pensyarah akan merasai positivity anda, dan mungkin akan ada sympathy marks untuk anda kelak. Harus diingat pensyarah mempunyai kuasa untuk menggunakan common sense dalam menentukan markah akhir. Contohnya anda mendapat markah keseluruhan sebanyak 73 selepas dicampur semua ujian, final dan assigment. Mungkin pensyarah anda akan menjadikan markah anda 75. 

Sebenarnya terdapat peluang untuk mendapat markah di mana2. Jika anda positif, pensyarah akan merasakan anda layak mendapat full mark untuk assignment, quiz dan kedatangan (10%). Sekiranya selama ini anda hanya merungut, tidak bersemangat dalam kelas dan tidak menghormati pensyarah, mungkin pensyarah tersebut akan berasa anda tidak layak untuk mendapat markah penuh.

Kepada semua yang sudi mengaplikasikan tips saya ini, pastikan anda bermula daripada sekarang. Jangan bertangguh lagi! Anda mempunyai banyak lagi masa untuk berusaha mendapat markah yang cemerlang dalam apa jua subjek. 

Jadilah seorang yang positif, anda pasti berjaya. Selamat maju jaya dalam final nanti. Salam sayang...



p/s : macamane? konfident tak?? hihihi...oklar..tujer nak kongsi..Assalamualaikum....

1 comment:

  1. semangat dah untuk next sem .. sem ni saya da carry paper dan semua alasan2 diatas pernah sy buat dan cakap.. huhu.. terima kasih for the tips :)

    ReplyDelete