Saturday, March 5, 2011

WAWASAN KU...(skit je ni..tpi mendalam..)

Aku & Diri / Aku & Tuhan
Saya yakin bahawa Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. saya percaya Allah itu Maha Adil, Rezeki yang dicurahkan kepada saya melimpah-limpah dan saya sewajibnya bersyukur dan terima seadanya, kerana Hari Ini Adalah Milik Saya dan jangan saya bersedih, kerana adakala cubaan yang datang kepada saya adalah Anugerah kepada diri saya.

Aku & Keluarga
Abah dan Ibu adalah "Role Model " saya, adik beradik saya adalah sebahagian daripada jiwa saya, susah senang, gelak tawa, semuanya kami sekeluarga saje yang tau...kini....saya berjauhan dengan mereka...namun ibu dan abah sentiasa dalam ingatan dan doa saya kepada mereka tidak putus-putus agar mereka dipanjangkan umur, murah rezekinya dan kecapi kebahagiaan dunia dan akhirat bersama-sama anak mereka...

Aku & Sekolah/ Universiti
Politeknik Sultan Idris Shah...saya akan menghabiskan masa selama 3 tahun disini, wawasan saya untuk berjaya bermula disini...bakat saya juga dicungkil disini, pelbagai dugaan, pelbagai cabaran, jatuh bangun saya bersendirian...keluarga membantu saya, Alhamdulillah saya masih berdiri...biarlah saya merangkak perlahan daripada saya langsung tidak bergerak...yang pasti impian saya untuk menyambung pengajian di UUM akan saya kecapi dengan bersungguh-sungguh dengan penuh usaha ^^,!




petikan daripada  penulisan hati @ kursus TAKE CHARGE! DSU,PSIS 5-6/3/2011...

No comments:

Post a Comment