Saturday, March 12, 2011

GEMPA BUMI DI JEPUN!

Assalamualaikum...hari ni aku akan menjadi seorang pembebel pemberita dunia semasa yang sangat fokus kepada dunia,(walaupon asgnment tak sentoh teredit lagi) so apepon moshi-moshi wathch out berita ni, semoga kita mengambil pengajaran dari apa yang berlaku :
Dunia telah digemparkan dengan bencana gempa bumi yang berlaku di Tokyo, Jepun pada 10 Mac 2011 yang lepas. Susulan dari gempa bumi yang bermagnitud 8.9 skala Ritcher itu menyebabkan gelombang tsunami setinggi 10 meter telah membinasakan bandar-bandar di persisiran pantai Tokyo. Setakat yang diketahui, sekurang-kurangnya 1000 orang telah kehilangan nyawa dalam bencana terburuk tahun 2011 ini. Kesan gelombang tsunami telah merebak sehingga Hawaii dan pantai barat Amerika Syarikat. Ekonomi Jepun dan matawang yen telah jatuh secara mendadak akibat bencana ini. Dalam satu hadis nabi ada mengatakan, :
 Telah ditunjukkan di depan batang hidung sendiri. Telah dikhabarkan sejak berabad lalu. Hari terakhir tidak akan terjadi sehingga gempa bumi akan sangat sering terjadi.(Hadis Riwayat Bukhari).
 Untuk kita yang hidup, sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri kita, di mana kita sekarang dalam pencapaian amalan kita untuk akhirat kelak. Renung-renungkan dan selamat beramal! Di bawah merupakan gambar-gambar bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Tokyo Jepun.
gempa tsunami jepun 1
Perumahan di Natoru, Daerah Miyagi ditelan oleh keganasan tsunami yang melanda
gempa tsunami jepun 2
Keadaan Lapangan Terbang Sendai selepas dilanda oleh tsunami setinggi 10 meter akibat gempa bumi kuat di Jepun
gempa tsunami jepun 3
Lapangan Terbang Sendai yang telah ditenggelami air selepas beberapa ketika dilanda tsunami
gempa tsunami jepun 4
Kapal terbang, kereta dan runtuhan bangunan dari Lapangan Terbang Sendai bersama-sama di permukaan air tsunami


gempa tsunami jepun 5Dari kejauhan, rumah-rumah di Natori Tokyo menunggu giliran dihentam oleh tsunami akibat gempa bumi di Tokyo
gempa tsunami jepun 6
Selepas hentaman tsunami – Keadaan padang jarak padang terkukur kelihatan di Natori. Ini merupakan gempa bumi terburuk sejak 140 tahun
gempa tsunami jepun 7
Dua orang staf dari Reuters mengigil ketakutan di bawah meja selepas beberapa gempa bumi susulan berlaku
gempa tsunami jepun 8
Pusaran air sebelum tsunami di pantai Ibaraki selepas bandar Tokyo digegarkan oleh gempa bumi 8.9 skala Ritcher
gempa tsunami jepun 9
Bola api kelihatan di tempat penapisan minyak Ichihara selepas gempa bumi berlaku

gempa tsunami jepun 10
Pandangan udara ke atas hentaman tsunami setinggi 10 meter yang melandar bandar Iwanuma
gempa tsunami jepun 11Bot dan van ikan terapung bersama-sama di Onahama Iwaki Daerah Fukushima semasa gelombang tsunami
gempa tsunami jepun 12
Bandar Kensensuma ranap teruk setelah dibantai oleh ombak tsunami yang mengganas selepas gempa bumi
gempa tsunami jepun 13Kereta bertimpa-timpa antara satu sama lain setelah digegarkan oleh gempa bumi 8.9 magnitud skala Ritcher
gempa tsunami jepun 14
Malapetaka gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun meranapkan banyak bandar-bandar utama di Tokyo
gempa tsunami jepun 15
Rumah-rumah yang terbakar dibawa oleh arus ganas tsunami yang begitu kuat di Jepun
gempa tsunami jepun 16
Kesian kan?. Ramai penduduk Jepun terperangkap dan tidak berjaya pulang ke rumah selepas perkhidmatan keretapi tergendala
gempa tsunami jepun 17
Jalan dan rumah runtuh di Sukagawa berada dalam keadaan yang amat menyedihkan selepas dilanda gempa bumi kuat
gempa tsunami jepun 18
Pertengahan jalan raya di Satte terbelah dua akibat kuatnya gegeran gempa bumi di Jepun
gempa tsunami jepun 19
Pejalan kaki melintasi runtuhan rumah dan jalanraya di Daerah Urayasu Chiba selepas gempa bumi 8.8 skala Ritcher
gempa tsunami jepun 20
Kereta-kereta cantik di Jepun ranap selepas dihempap oleh dinding yang runtuh di Bandar Mito Ibaraki
gempa tsunami jepun 21
Penduduk keluar dari runtuhan rumah selepas gegaran reda di Jepun. Angka kematian dijangka melebihi 1000 orang.

Januari lepas x silap aku? aku ade postkan kehebatan otak orang2 jepon dalam mereka cipta sesuatu benda,(http://worldofamirizzat.blogspot.com/2011/01/jepong_28.html) so...keunikan itu bukanlah sesuatu yang boleh menyelamatkan kite.....ok, Setakat itu sahaja entry harini...Alhamdulillah, Politeknik Sultan Idris Shah masih selamat dari gempa bumi ini..walaupon dibelakangnyer Laot cine selatan...(kadang2 risau juge..)

Gambar sekadar selingan hiasan. tiada kene mengene dengan pengarah politeknik @ sesiape pon.


P/S : Apa yang berlaku ada hikmah nyer...(terima kasih kpada : Informasi Malaysia Kini) Aligato gozaimas..Moshi2..dorayaki..
Telah ditunjukkan di depan batang hidung sendiri. Telah dikhabarkan sejak berabad lalu. Hari terakhir tidak akan terjadi sehingga gempa bumi akan sangat sering terjadi.(Hadis Riwayat Bukhari).
ASSALAMUALAIKUM...

3 comments:

  1. jahiliah moden...aku suke video kat blog ko tu din :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete