Friday, January 28, 2011

MINIT MESYUARAT KELAB KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM 3/DIS 2010

             
        MINIT MESYUARAT KELAB KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM 3/DIS 2010

TARIKH        : 18 JANUARI 2011
MASA           : 5.15 – 6.30 PETANG
TEMPAT       : BILIK KULIAH 1.9


HADIR :
1) Pengerusi                                                  : Mohammad Faisal Bin Mohidin
2) Timbalan Pengerusi I                                 : Muhammad Rezal Bin Roslan
3) Timbalan Pengerusi II                                : Muhammad Firdaus Bin Rosle
4) Setiausaha Agong                                      : Muhammad Amir ‘Izzat Bin Rosli
5) Naib Setiausaha I                                      : Syazwani Binti Adnan
6) Naib Setiausaha II                                     : Nurul Afatin Binti Zainal
7) Setiausaha Kewangan I                             : Hosti Poterisa Binti Husman
8) Setiausaha Kewangan II                            : Ika Ilyana Nabila
9) Ketua Exco                                              : Muhammad Adam Bin Ahmad Sarbani
10) 11 Orang Exco (Mewakili pelbagai jawatan)
11) 6 Orang Ahli Jawatankuasa setiap semester


TIDAK HADIR :
1) Nor Baitie Binti Razaob @ Razab (Exco Kebajikan & Sosial)


AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi
- Pengerusi memberi ucapan dan mengalu-alukan kehadiran ahli MT dan semua Exco.
- Pembentangan agenda diserahkan kepada setiausaha.


2. Pembentangan agenda yang tersenarai dalam memo panggilan mesyuarat :


2.1 Cadangan rekaan Logo, Misi, dan Visi Kelab.
2.1.1 Ahli Jawatankuasa setiap semester berperanan untuk memastikan setiap kelas mengikut semester menghantar sekurang-kurangnya satu rekaan logo,misi,dan visi kelab.
2.1.2 Perlu diserahkan kepada pengerusi kelab pada 25 Januari 2011.


2.2 Persetujuan rekaan baju korporat.
2.2.1 Memerlukan suara majoriti setiap kelas untuk mewujudkan baju korporat DIB.
2.2.2 Ahli Jawatankuasa setiap semester berperanan untuk memastikan setiap kelas mengikut semester menghantar sekurang-kurangnya satu rekaan.
2.2.3 Tiada spesifikasi warna yang ditetapkan.
2.2.4 Rekaan perlu diserahkan kepada pengerusi kelab pada 25 Januari 2011.


2.3 Penstrukturan semula aktiviti yang akan dirancang (Kelab & Jabatan).
2.3.1 Menyenaraikan semua aktiviti dan kertas kerja yang telah dibuat.
2.3.2 Aktiviti yang ingin dibuat berpandukan tarikh-tarikh dalam cadangan takwim aktiviti pelajar tahun 2010 Jabatan Hal Ehwal Pelajar agar tidak bertimpa dengan aktiviti organisasi lain.
2.3.3 Perbincangan lanjut bersama MT Kelab DSK dan wakil MT Kelab DIB pada 19 Januari 2010.


3. ‘Post mortem’ perjumpaan mingguan kelab :


3.1 Masa dan waktu yang bersesuaian.
3.1.1 Majlis Tertinggi Kelab bersepakat bagi mengubah masa untuk mengadakan perjumpaan ahli kelab, iaitu asalnya dari pukul 8.00-11.00 malam kepada pukul 9.00-11.00 malam.
3.1.2 Diadakan dua kali dalam tempoh sebulan.
3.1.3 Arahan berkuatkuasa bermula 18 Januari 2011.


3.2 Pakaian dan kondisi penyaman udara di DSU.
3.2.1 Pakaian yang diwajibkan bagi pelajar wanita ialah baju kurung dan baju yang bercirikan muslimah.
3.2.2 Ahli Jawatankuasa setiap semester berperanan untuk mengingati setiap pelajar sebelum hadir ke perjumpaan berkaitan peraturan pemakaian dan teguran akan disusuli oleh pengerusi dan exco disiplin dan perhubungan luar semasa perjumpaan.
3.2.3 Pelajar digalakkan untuk memakai pakaian tebal ataupun baju sejuk bagi mengawal kondisi penyaman udara yang terlalu sejuk.
3.2.4 Peraturan berkuatkuasa bermula 18 Januari 2011.


3.3 Susunan tempat duduk semasa perjumpaan.
3.3.1 Bercampur untuk semua semester.
3.3.2 Di bahagian hadapan adalah untuk pelajar lelaki dan diikuti oleh pelajar perempuan di bahagian belakang.
3.3.3 Kedudukan MT adalah bebas, namun dalam keadaan yang diketahui oleh pengerusi kelab.
3.3.4 Perubahan berkuatkuasa bermula 18 Januari 2011.


3.4 Kehadiran setiap kali perjumpaan.
3.4.1 Tindakan perlu diambil terhadap pelajar yang kerap kali tidak menghadiri perjumpaan kelab.
3.4.2 Tindakan akan diambil dan susulan dibawa kepada penasihat kelab.
3.4.3 Tindakan berkuatkuasa bermula 18 Januari 2011.


3.5 Ahli kelab bebas keluar dari dewan dan pulang tanpa pemberitahuan.
3.5.1 Cadangan menyediakan wakil untuk menjaga pintu keluar masuk Dewan Syarahan Utama semasa aktiviti perjumpaan.
3.5.2 Tindakan diserahkan kepada exco disiplin dan perhubungan luar.


3.6 Giliran Exco-exco untuk membuat aktiviti semasa perjumpaan.
3.6.1 Jadual secara bergilir bagi exco yang terlibat untuk aktiviti perjumpaan akan diberitahu selewatnya seminggu awal oleh pengerusi sebelum perjumpaan diadakan.


3.7 Keperluan pengisian semasa perjumpaan.
3.7.1 Majlis pembukaan dan penutupan perlu dimulakan dan diakhiri dengan bacaan doa. Tindakan oleh exco kerohanian dan moral.
3.7.2 Menitik beratkan berkaitan kerohanian dan moral setiap ahli, cadangan seperti nyanyian lagu-lagu semangat ataupun bacaan asma’ul husna sebelum program bermula.


4. Isu berbangkit (sumber : hadirin mesyuarat)


4.1 Papan kenyataan DIB di Jabatan Perdagangan perlu dikemaskinikan.
4.1.1 Papan kenyataan tidak berfungsi dan terlalu lama diabaikan begitu sahaja.
4.1.2 Tindakan untuk mengemaskini diserahkan kepada exco tugas-tugas khas.
4.1.3 Perubahan berkuatkuasa bermula 18 Januari 2011.


4.2 Kegunaan yuran dan aliran penggunaan wang yang dikutip oleh wakil setiap kelas DIB bernilai RM 10.
4.2.1 Timbul isu daripada pelajar semester 1 dan 2.
4.2.2 Penjelasan dari setiausaha dipersetujui oleh pengerusi dimana dana tersebut digunakan bagi tujuan program-program yang akan diadakan oleh kelab ataupun Jabatan Perdagangan serta tujuan fotokopi dan sebagainya.
4.2.3 Segala permohonan penggunaan rujuk sepenuhnya kepada Pengerusi dan Setiausaha Kewangan.


4.3 Perbincangan baju korporat yang akan direka.
4.3.1 Dinasihatkan terlebih awal agar hendaklah menepati saiz ukuran yang betul. Tidak mengulangi kesilapan yang lepas.
4.3.2 Turut dicadangkan untuk direka khas dalam bentuk ukuran “muslimah”.


4.4 Proses pengukuran blezer.
4.4.1 Isu sensitif bagi pelajar perempuan terutamanya dari segi proses pengukuran oleh pegukur lelaki.
4.4.2 Saiz ukuran yang tidak semestinya mengikut bentuk tubuh.
4.4.3 Tindakan oleh pengerusi untuk diusulkan kepada penasihat program.


4.5 MT dan Exco-exco Kelab diminta berperanan dan memberikan kerjasama.
4.5.1 Kehadiran perlu lebih awal dari ahli biasa semasa perjumpaan diadakan.
4.5.2 Menepati masa semasa mesyuarat MT diadakan.
4.5.3 Setiap jawatan exco diminta menyiapkan satu kertas kerja.
4.5.4 Tindakan dan arahan dari ketua exco.


4.6 Memerlukan penjelasan bagi pemakaian songkok, kemeja dan kasut bagi pelajar lelaki.
4.6.1 Tiada keputusan muktamad bagi isu ini dan ia dibawa kepada penasihat untuk memutuskannya.


4.7 Profil Diploma Islamic Banking di laman sosial Facebook.
4.7.1 Dinasihatkan untuk digunakan bagi tujuan yang betul.
4.7.2 Tidak menghantar post yang tiada kaitan dengan DIB.
4.7.3 Isu dibawa kepada penasihat untuk tindakan.


4.8 Penstrukturan carta organisasi kelab selepas kehadiran pelajar semester 5 yang pulang dari latihan industri.
4.8.1 Memerlukan suara majoriti untuk menentukannya.
4.8.2 Segala pembubaran rujuk kepada penasihat.


4.9 Penggunaan bahasa yang formal dan sopan semasa mesyuarat dan perjumpaan.
4.9.1 Teguran agar setiap perjumpaan dan mesyuarat menggunakan bahasa yang formal dan sopan semasa pertuturan ucapan mahupun pembentangan.


5. Penutup
Pengerusi menyimpulkan semua perkara berbangkit dan menyenaraikan nama yang akan hadir untuk perjumpaan bersama MT Kelab DSK pada 19 Januari 2011 sekaligus mengucapakan terima kasih kepada semua MT dan Exco-exco yang hadir. Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguh pada jam 6.40 petang.




Disediakan Oleh :




..................................................
(Muhammad Amir ‘Izzat Bin Rosli)
Setiausaha,
Kelab Kewangan Dan Perbankan Islam
Politeknik Sultan Idris Shah




Disemak Oleh :




..................................................
(Mohammad Faisal Bin Mohidin)
Pengerusi,
Kelab Kewangan Dan Perbankan Islam
Politeknik Sultan Idris Shah




Disahkan Oleh :




..................................................
(Amirudin Bin Mohd Salim)
Penasihat,
Kelab Kewangan Dan Perbankan Islam
Politeknik Sultan Idris Shah

No comments:

Post a Comment