Sunday, January 2, 2011

2011

Assalamualaikum  khas buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Post kali ni khas buat semua folower hasil dari kupasan aku diwaktu senang dan terhasil lah 1 coretan ni, khas juga untuk ucapan tahun baru aku untuk folower semua...


Pejam celik sudah kita ke 2011.....tak tahulah sama ada masa terlalu pantas,ataupun kita yang terlalu lemah menguruskan masa sehingga 'dipermainkan' oleh masa...''Hari ini aku berjaya tempuhi segala halangan dan esok adakah aku sanggup hadapi segala kemungkinan'' itulah,lain orang lain ceritanya. Pelbagai kisah tahun ini, daripada pembunuhan kejam jutawan kosmetik,Bencana di sana sini,kematian Paul the octopus, mitos bahtera nabi nuh ditemui oleh penjelajah dari hong kong, Azizulhasni awang dapat pingat emas sukan asia sehinggalah kemenangan Piala Suzuki AFF 2010 buat bola sepak MALAYSIA..dan begitu juga dengan korang..,sewajibnya ada kenangan tersendiri dri 1JANUARI2010 hingga ke 26 MUHARRAM 1432.


Budaya orang kita,bila masuk malam tahun baru macam2 azam ditanam.Baguslah kalau begitu?.Kata orang,kejayaan bermula drpada situ! hmm....
sayangnya,selepas 2 3 bulan berlalu yang buat azam pun sudah terlupa tentang azam mereka..Silap haribulan diari yang menyimpan catatan azam itu pun sudah hilang entah ke mana...


Pengalaman membawa kita lebih matang,''From zero to millionaire,From nothing to something''.setiap tahun ada yang baru dalam diri kita..
Dari subuh ke isya' dari hari ke hari,kita berjalan,kita melihat,kita mentafsir..Dunia semakin hari semakin berubah..bencana yang diturunkan Allah,sama-sama kita hayati apa disebaliknya.Gempa bumi di Indonesia,letusan gunung Merapi, kemalangan ngeri bas ekspres 2 tingkat,dan macam2 lah lagi..Pelbagai pihak dipersalahkan sehingga pembahagi jalan yang dilanggar itu pun,turut menjadi sasaran apabila dituduh sebagai 'pembunuh'.
Disusuli dengan kes pembuangan bayi yang makin menjadi2. sedih dan menyayat hati,apakah dosa si kecil itu...
sedangkan ramai lagi orang yang berminat untuk menjaga bayi tu.


Semuanya semakin tidak selamat...apa2pun semuanya ketentuan Allah.Petikan sebuah akhbar.Sebuah lori merempuh sebuah rumah di tepi jalan yang mengakibatkan bbrapa adik beradik yang sedang lena dibuai mimpi menjadi mangsa?sehingga terbakar rumah itu dibuatnya..Itu di dalam rumah? di luar rumah tak payah cakap ar....

Bagi aku lar...tahun ni adalah tahun yang amat murah rezeki aku dibandingkan dengan tahun2 lepas...
banyak sangat ceriter...kalo nk tulis pon rasenyer x dapat nk luahkan dengan kate2...
tahun 2010 lah aku bermula menjadi seorang pelajar IPTA...
TAHUN 2010 lah aku aku dapat jam SEIKO baru..RM 400..abah support
tahun 2010 jgak aku beli laptop DELL kesayangan...
tahun 2010 jgak aku dapat rase yang duit dalam dompet aku sentiase kembong dengan rezeki Allah... 
tahun 2010 lah aku mengenali sorang "kawan" prempuan ni :)
tahun 2010 lah aku belajar macam2...dugaan, susah senang nangis gelak jatoh bangon semua aku belajar dan sume tu buat aku lebih matang dalam menguruskan hidup aku sbagai seorang pelajar...bukan senang semua tu...x dapat nk cakap dgn kate...
tAHUN 2010 Lah aku join MSK, Join JPP..Dengan secare kebetulan semua ni buat aku dikenali...semuanya telah di atur oleh Allah..
hanya doa yang mampu mengubah qada' dan qadar...


Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..'Kadang2 Allah sembunyikan matahari dan didatangkanNya kilat serta petir,kita menangis dan tertanya2 ke mana hilangnya matahari,rupa2nya Allah hendak memberi kita Pelangi...'
Di tahun baru ini,aku berharap dapat kite mengubah cara pemikiran..supaya lebih matang dalam kehidupan.''anda harus berubah mengikut perubahan yang anda ingin lihat berlaku pada dunia''-Mahatma Ghandi.
aku petik ayat dari satu sumber yang tidak diketahui.katanya ''dengan mengubah cara berfikir,anda mengubah apa yang anda percaya;
Apabila apa yang anda percaya berubah,Anda akan mengubah apa yang diharap; Apabila apa yang diharap berubah,Anda akan mengubah sikap; Apabila sikap mula berubah,Anda akan mengubah tingkah laku; Apabila tingkah laku berubah,Anda akan mengubah prestasi; Apabila prestasi berubah,Anda telah mengubah kehidupan anda!! 


Begitu juga dengan masa,aku nak lebih menghargai masa,kebelakangan ini sukar bangun awal dan terlalu lemah aku  meghargai masa.Mungkin terlalu cetek iman aku sehingga semakin kerap terpaksa meng'qada'solat subuh.

Untuk menghargai nilai masa setahun,tanya pada pelajar yang gagal dalam peperiksaan akhir.Untuk mengetahui nilai masa sebulan tanya seorang ibu yang melahirkan anak sebelum masanya.Untuk mengetahui nilai masa dalam seminggu,tanya editor mingguan akhbar.Untuk mengetahui nilai masa selama satu jam,tanya pasangan yang sedang bercinta menunggu masa untuk bertemu.Untuk mengetahui masa selama 1minit,tanya sesiapa yang terlepas bas,keretaapi atau kapal terbang yang telah terlepas masa.Untuk mengetahui masa selama satu saat,tanya sesiapa yang telah terselamat dalam kemalangan.Untuk mengetahui masa selama 1 per 1000 saat,tanya pemenang pingat perak sukan Olimpik. Ya! masa tidak menunggu sesiapa,hargai setiap masa yang anda miliki.



Dan semakin panjang aku menaip,semakin mengantok korang baca.Satu teka teki sebagai penghilang bosan yer....Pada bulan apakah kita akan bercakap paling kurang?
dan! Apakah menjadi milik anda,tetapi orang lain yang lebih banyak menggunakannya bbnding diri anda sendiri? jawab dulu...nti komen..ha3..sape bgi jwpn betol aku blanjer mkn smpai kenyang! 


Pahit manis,suka duka,tangis tawa dan gurau senda kita di 2010 telah berlalu mulai semalam.Sememangnya ia penuh dengan cabaran,namun sebagai insan,seteguh mana pun perasaan,sekental mana pun jiwa,akan terselit juga kesedihan dan dukacita apabila ujian datang bertalu2.Tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Semoga 2011,kita lebih melakukan amal kebaikan.Lakukan sebanyak mana kebaikan yang termampu,dengan segala kemampuan yang ada,dalam semua cara yang perlu,pada kesemua kesempatan yang ada,terhadap kesemua yang ada,selama mana jua yang kite boleh.

Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya engkau yang maha mendengar,lagi maha mengetahui(Al-Baqarah.Ayat 127).


aku doakan agar sahabat2 semua mendapat kejayaan dan rahmat serta rezeki yang melimpah di tahun 2011,di samping petunjuk dari Allah.Dikesempatan ini aku nak memohon maaf dengan penuh rasa hormat kepada korang sume jika sepanjang perkenalan ini aku mengundang rasa kurang senang dihati korang terhadap aku.Sebagai manusia biasa,kadang kala kita tidak perasan perbuatan kita selama ini menyebabkan ada pihak yang kurang senang dengan pelakuan kita.Semoga korang memaafkan aku.Syukur aku ucapkan ,hubungan kita berkekalan...Alhamdulillah kita masih bersama mengejar cita2...Mungkin juga berkat doa daripada korang sume...Semoga menjadi insan yang lebih berguna.(aku baru mencapai pengayuh,orang sudah tiba ke seberang.)

Sekarang aku dah semester3...tak lame je lagi...sem depan dah latihan industri...sem 4 sem 5...GRADUATE...InshaAllah..


ok lar..Masih tak terlewat rasanya di bulan Hijrah ini
,aku mengucap Salam Awal Muharam 1432.Amatlah diharap-harapkan juga agar semangat Hijrah akan dapat terus kita hayati bersama.Dan semestinya ''SALAM TAHUN BARU 2011''untuk korang yang sudi membaca post ni.Akhir kata,jaga diri dan kesihatan korang,Maniskan hidup dengan senyuman,kurangkan manis dalam minuman.Serta terus kita bertakwa dan berdoa kepada Allah.Semoga hari-hari yang berlalu dalam 2011 lebih Indah kepada kita...Assalamualaikum!
111111111 x 111111111=12345678987654321.
IKHLAS DARIPADA : MUHAMMAD AMIR 'IZZAT BIN ROSLI.


No comments:

Post a Comment