Saturday, December 31, 2011

3minit : Atas apa yg berlaku.

Assalamualaikum.

Sebenarnya tak terlintas dihati aku nak update malam ni. Sebabnya aku baru balik dari psis to KL....drive pnyer laju smpai sakit pinggang belakang..mood aku sgt blurr dan do not know what to say.

BUT! Atas apa yang berlaku keatas diri aku baru2 ini, ianya sedikit sebanyak mengganggu emosi dan "nama" aku sendiri. ape tu?

Ye. Ini adalah risikonya. Org politik kata, "Kalau takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan". Dan sekarang kata2 ini dah meresap masuk ke dalam jiwa aku. kerana apa aku cakap mcm tu? kerana tempias nya perjuangan aku, menyebabkan kesan yang aku dapat adalah seperti yang aku tidak sangka kan.

Apa yang aku perjuangkan? Budak malas macam aku, tak layak bercakap ttg perjuangan, dan budak malas macam aku jugak tak layak nak menegur orang. nanti orang kata "emak ketam sedang mengajar anaknya cara untuk berjalan betul" thats right?

Aku hanya mampu menggelengkan kepala diatas perbuatan segelintir sahabat aku yang alahai.......tak tau lah nak cakap mcm mana, mungkin korang yang tengah baca mcm blur2 lagi apa yg aku tulis ni....sebab secara peribadi aku katakan yang aku mmg tak nak masukkan benda2 ni ke dalam hati aku! (tapi kenapa kau pegi tulis!)

Ok aku story sikit larr....Pada suatu hari......

Menegur seorang ketua minggu suai kenal diatas panggilan yg aku dapat bahawa,semua pelajar mggu suai kenal ini tidak diberi makan dari tgh hari smpai ke mlm...menyebabkan mereka tiada tenaga smpai ke mlm. Dan juga menegur si ketua agar tidak bersikap berlagak. (intonasi teguran dalam ayat yg sedikit keras)

Padah diatas teguran ini....aku dihamun dan dicela habis2an sehingga aku tak pernah baca dan tak pernah komen pon apa yg dicela.(tak larat sbb banyak sgt)

kalau seorang tidak mengapa lagi...tapi rejim2 mereka turut turun padang mengeji teguran aku..tak pasti ianya melibatkan pensyarah atau tidak. dan yang aku sedih...Seorang sahabat yg aku anggap mcm abang aku...yer...abg aku!...sanggup membunuh aku dari belakang..mcm2 ayat dia di fb diikuti dgn bilangan LIKE yg ramai...

************

Diatas apa yg berlaku...kini aku sedar....sedar segala2nya, dan ternyata, tidak begitu mudah untuk melaungkan sebarang komen dan teguran SEKIRANYA! kau tidak mempunyai pengikut dan "nama"...

Akhir kata dari aku, sejuta kemaafan pada mereka, dan terdetik di hati untuk bersua muka, bagi menjernihkan keadaan..maaf dan mudah2an maaf ini diterima..atau biarkan saja ia berlalu.

*Tidak akan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti untuk tahun terakhir sebagai seorang mahasiswa..belajar dari kesilapan, merenung dan bersyukurlah wahai Amir. duduk diam2!


Terima kasih yang support dari belakang....

Salamualaikum, selamat malam :)


" Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan " (Imam Hasan Al-Basri)

Hamba yg dhaif.

Monday, December 19, 2011

Kate-kate petang.

Assalamualaikum...

Kat luar hujan lebat. Baju sume dah angkat tpakse sidai kat dalam...Ibu tengah sibuk masak kat dapor, bagitau yang malam ni ade "org" nak datang...My nenek dari kelantan dan sekutu2 beliau nak makan mlm kat dumoh arini...air tangan ibu aku meme tak der sape boleh celeng...so tak hairanlah diorang terpesona bila diajak make kat dumoh aku...kalau tak datang rasenyer mcm rugi jer..

**********

Pagi tadi pegi tukar bateri kereta tau. RM170 terbang. Ade lagi yang aku tukar..Swiss tingkap tepi..dah jem..so aku ambek keputusan nak tukar gak,aku rimas masalah2 kereta ni...so terbang lagi RM110. Keseluruhannyer abah yang support. die bagi lebih haritu sruh aku berjimat, emergency dan sbagainyer, tapi tanpa pengetahuan dia, RM yang die bagi suruh berjimat tu aku dah tibai repare ngn shoping mcm2..tinggal lar berapa keping jer lagi. But aku still save tau!.

**********

Setakat ni kewangan aku mmg tak kukuh..ptptn pon 30hb ni baru masok....Harap abah jer yang suap duit. kalo tak der dia, tak tahulah mane aku nak korek..tak kan ASB kot...Aku tengok baju2 kemeja aku dalam laci dah cecah 10helai...banyak dah tu...tapi macam biase, nafsu aku mengatekan "baru 10! org lain ade 20 tak kecoh poonn"

So semangat aku membare2...Suatu petang yang indah...aku pon naik ke tingkat 3 (3 ke 4?) SOGO... JENG3X....tebeliak bijik mate pandang ayat SALE! SALE! SALE! Tangan aku dok belek2 baju kemeja warne kelabu SEED...Usap2 baju tu macam usap bulu kucing betina.. ."Give me try 1st"...

Dalam fiting room dah pakai2 sumer "ermmm....tak jadi lar...kau mmg cantik baju,...tapi bukan sekarang ok...Ingat peasan abah...saving sikit...kau stay dulu kat sini 2 3 bulan...nanti aku datang lagi, baru aku ambik kau bawak balik ok?" So dengan muka slumber, kemeja kelabu tersebut digantung semula..by2..

**********

Aku rase tak perlu tunggu hari ibu or hari bapa untuk ucap terima kasih and what so ever..sebab tiap2 hari pon hari ibu and tiap2 hari pon hari bapa..mereka sumber inspirasi aku dan mereka juga orang kuat yang sentiasa ade dibelakang aku untuk memberi aku semangat dan sokongan,doa serta harapan agar anak lelakinyer ini suatu hari nanti boleh menjaga mereka dan berjasa kepada negara (hebattak?). Always love my moms and dads..Aku berdoa kepada Allah,agar dikurniakan umur yg panjang serta kesihatan yang hebat! untuk mereka ber2...amin..


Note's :

Seorang pendengar menelefon penyampai radio..tut..tut..

Pendengar: Helo, sy nak buat ucapan
Penyampai: Ye, silakan
Pendengar: Saya nak buat ucapan untuk ayah yg tengah basuh kereta, mak yg tgh memasak, abg yg tengah tengok tv.. dengan ucapan.. TENGAH BUAT APA TU?#



Saturday, December 17, 2011

Tamak selalu rugi..

Assalamualaikum...

Disebabkan aku sekarang seorang yang sangat obses (tahap terkawal) dengan game Empire Allies....maka sehari tanpa game tu, aku rase tak senang duduk..memikirkan jentera2 aku, duit2 aku, tanaman dan sama waktu dengannyer. Secara kesimpulannyer kalau korang main game tu korang akan tau sendiri "filling" permainan tersebut.

Nak dijadikan cerite...disebabkan terlalu tamak mengumpol syiling (Untuk agenda tertentu) seperti membina projek bangunan angkasa bernilai 1juta, membina empayar mewah dan aset perang yang kuat, maka berminggu2 dan berbulan2 lah aku menghadap game ni...segala jenis perang aku dah tempuhinyer pun.

Dan kisahnyer yang aku nak cerite ialah...aku baru sahaja kehilangan 250,000 SYILING! (bunyi KLCC runtoh)

Untuk pengetahuan korang, tempoh mase untuk kumpol syiling sebanyak tu adalah lebih kurang 1Bulan tau tak! Nak kencing pon tepakse tahan2 sbb nak fokus perang pnyer pasal!
Mesti korang tanyer...mcm mane boleh hilang nyer?

Hm....tulah....tamak selalu rugi...aku banyak main taktik kotor dalam game ni (nadakesal)...mungkin balasan dari tuhan....ini baru dunia....

Benanyer 250ribu tu rasuah untuk dapatkan sebuah tawaran kapal perang. Maksodnyer mengikut kate game tu, kalau nak sebijik kapal perang what te tut tut entah name die, aku kene bayar rasuah 250ribu dan disusuli dengan syarat2 berat yang lain. baru boleh dapat......

Dan lepas je bace tawaran tu...Tangan aku TERRRRgatal dan secara tak sengajer TERRRLayan syarat tu....so aku pon tekan benda tu...Dan....aku mcm kene pukau 5saat....mata aku dah mula berkace2 bile tgok duit dalam simpanan aku susut sebanyak 250ribu...#takgunekau!

Fokus dekat tanda right tu...Kurang ajar sunggoh! Rasuah plak tu! Haram tol! (Klik utk tumbesaran gambar)

Dan setelah peristiwa haram tersebut berlalu..aku akan lebih berhati2 dalam setiap tawaran dalam game ni...(SambilLapAirMata). Ape pon terjadi aku akan berusaha yang terbaik demi empayar yang diberi nama "Tanduk Emas"....tepok tangan..tepok tangan...

#Entah ape2 lar aku ni..buang karen betol....Dah lar...malas aku nak crite panjang..bukan korang faham pon..Ok sebelum besurai aku bagi korang tgok "Empayar Tanduk Emas" aku ok? Jeng3x....bukan senang nak freeShow mcm ni tau!!! Suprise.....................

Tanduk Emas yg tak seberape nak emas...(Klik untuk paparan skrin 3G iPhone)


K..Bai....

Nota : "Game ni adelah game FB pertama yang aku layan sepanjang 20Tahun hidup" ketagih tahap kronikel...

Note II : Zaman sekarang, Tamak selalu untung..yg selalu rugi tu, mungkin  org tu tak der skill bisnes...

Note III : Maksodnyer kau rugi sebab kau tak der skill bisnes lah? Bukan ker Business Managment kau dapat B+ sem lepas?

Note IV : Hei hei hei!!# =_=''




Wednesday, December 14, 2011

Back To School Again..

Assalamualaikum...

Petang2 macam ni memang aku tak der keje sangat..setakat tolong ibu aku angkat kain,buang sampah,kacau gulai, itu semua tutop mate jer aku buat...lepas tu masa untuk melayari internet tanpa henti sampai 12mlm tanpa gangguan...

Sekali sekala terlintas dekat fikiran aku, bile dah masok ke PSIS nanti, mungkin dah tak berpeluang aku nak on9 24jam macam ni...mungkin masa-masa aku lebih banyak berhadapan dengan buku tebal2, calculator saintifik, muke pensyarah, kertas soalan test,kuiz,asgnment dan seangkatan dengannyer...Semua ni kemungkinan jer ianya belom pasti sebab bagi aku, tanpa FB dengan Blog...Hidup macam sunyi sepi, macam terjatoh dalam longkang kumbahan yang tertutup...gelap jeerrrr....

So kat sana nanti aku macam biase, akan berjalan sorang2 (mata usha2 kiri kanan takot member2 aku nampak) menuju ke Perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah semata2! untuk bukak Fb! hahaha...tak der lah..Untuk buat Asgnment lar sekali...ape ingt aku terok sgt ke?

Tip Top jer aku dah melangkah ke FINAL SEM! Yeah...its look like a winner (mcm iklan kat tv). So menipu lah kalau aku tak cakap yang aku berbangger dengan diri aku sendiri...kan kan...Gitulah..Perjalanan hidup 2tahun kat PSIS tu mmg manis...semua aku dah harongi...rasa dia macam sirap laici kang...sejuk2 manja..aww...naik bulu rome...Jom tengok gambar2 kat bawah ni :


Ini adalah katil kesayangan aku masa sem1..masa mude2 dulu..rambot belah tepi..skema jer...
Barang2 aku serba lengkap...limau 2kotak, air 2kotak...jangan jeles...hahah..
Besepah katil aku disebabkan cuti sem yang agak panjang, 
maka tobek2 lah katil ni sebab nak design balek..


Disebabkan aku kawan baik dengan Eric Leong pengacara Casa Impian tu...maka bilik aku pon sangat kemas dan beutiful garden dalam masa 1jam jer....Tikar hijau tu aku beli dekat Sg.Besar...kau ade?
Disebabkan time ni aku nak tangkap gambar, spender dalam baldi tu pon tak nak lepaskan peluang utk turut bergambar bersama, tiba2 dia terkeluar menunjukkan yg tak sepatotnyer...So Sweet...


Time sem1 aku duduk ber4....kami dah macam adik beradik....Dan yang penting, pagi2 time nak ke kuliah...walaupon jam dah pukul 7.30pagi!! towel kitorang still tergantong..bermaksud sorang pon belom bangon lagi...memang great! Tapi tu semua tinggal kenangan..antara kami ber4, hanya 2org jer yang meneruskan perjuangan, lagi 2 dah berhenti...tak der rezeki...sedih jugak tapi nak wat camner..
Kejuruteraan awam+kejuruteraan elektrik+kewangan dan perbankan islam = Kami Penggerak Ekonomi Malaysia.


Sekarang aku dah sem5.....Bilik ni dah tinggal kenangan adabi...
Yang penting seawal semester 1 hingga semester 3..aku tak pernah dapat C dalam mane2 subjek..
Hahaha...belagak tak aku? tak derlah..bagi aku itu semua anugerah dari Allah kepada aku atas Doa,Usaha,Ikhlas dan Tawakal sebelum menjelang final...singkatan dia D.U.I.T...


Ni mase sem1 tak silap....Petang2 hobi kami mane lagi kalau tak ke pantai selat melaka belakang PSIS..Tak taulah ape yang kitorang nak buat lagi dekat PSIS tu..Sedia maklum PSIS ni tempatnyer tersorok dalam hutan sikit, so student2 dia jadi gile disebabkan persekitaran yang kurang entertainment...Kami bersosial dengan cara bergambar mcm budak2 kat atas ni...


Jeng3x.....Masa berlalu dengan pantas sekali...Kami dah pon masok semester 2!! Abang Amir memang sangat baik masa ni....semua junior2 hormat pada abang Amir...Hm...sem2 mmg makin tough dia punyer pengalaman...Hidup aku tunggang langgang time sem2....tgok gambar kat bawah ni..


Ni katil aku mase sem2...1 bilik 2 orang...Mesti korang akan tanyer, kenapa bilik Abg Amir kemas sangat ni? Aku akan jawab : Waktu ni Abg Amir dilande Stress tahap 4...Roomate Abg Amir pon ganas sikit orang nyer, kene himpap, rebot selimut malam2, itu dah perkara biase....Nak tunggu kemas, sila datang ke bilik abg pada hari Ahad....


Pejam Celik...dah naik sem3....sem kali ni aku lebih aktif sikit..sana sini aku join...Bermulanya semua itu sebab aku bertanding dalam Pilihan Raya Kampus, time PRK, Seluruh Politeknik ada poster muke aku... Dan hasilnyer aku menang dalam kerusi exco, menewaskan musuh2 yang lain..so secara tidak langsung aku diangakat menjadi exco jabatan perdagangan,Jawatankuasa Perwakilan pelajar..
Aktif sana sini...tapi aku rase aku macam hopless jugak, sebabnyer aku rase aku tak dapat membantu student2 poli,aku tak dapat nak mendengar keluhan diorang,aku rase JPP mcm syok sendiri..so aku nekad lupakan JPP selama2nyer..kini aku anti kepada JPP..


Aku dah carik gambar katil mase sem3...tapi tak jumpe...hilang kot...ini jer yang ade...hahah...ni gambar katil aku masa sem3...aku sengaje conteng ayat FREEDOM sebab waktu ni aku dah nak berambos dari PSIS....tanggal 28April tamat sudah aku harungi sem3...Boleh aku cakapkan yang sem3 ni amatlah tercabar kesabaran aku...pahit manis payau semua aku telan...sampai muntah2 tepi longkang..Tapi semuanyer dah berlalu, dan sekarang aku dah besar...semangat baru dan harapan baru...Its time to Praktikel!


6Bulan bertapak kat KWSP (Sem4)....Pergh...kenikmatan tidak terkata...
Pengalaman mencurah2....Tingkat 17,Seksyen Bajet,Jabatan Kewangan Sentiasa Dihati....

dan kini.....
pejam celik....
aku sudah di tahun akhir....
Tak lagi duduk dalam asrama....
Tercampak dekat rumah sewa....
Bersama aset kesayangan meredah Sabak Bernam..WJP 49XX...
Segulung Diploma hampir di genggam....


Aku lebih matang, pandang ke hadapan....sekalipon jatoh tergolek anjing...aku bangkit sorang2...belajar dari kesilapan..banyak berfikir, banyak berdoa...Kurang 10 hari lagi, untuk aku memulakan kehidupan baru sem5...Sengajer aku coretkan semua kenagan2 aku, bermula dari sem1 sampai sekarang, sekurang2nyer bila aku dah tua nanti, bila aku dah tamat pengajian, aku dapat gelak sorang2 bila bace post ni...
Dan aku menulis semua ini agar aku tidak lupa akan ape yang telah aku lalui dalam kehidupan aku sepanjang 20tahun ini...lebih2 lagi kehidupan kampus di PSIS yang memang dah sebati dalam perjalanan hidup aku...


Ni gambar Jabatan Perdagangan....dekat Universiti panggil Fakulti, dekat Poli gune sistem Jabatan...
Kuliah aku semuanya dekat bangunan ni, naik tangga sampai tingkat4...tecungap2..masok kelas air cond rosak...tu sume perkara biase...Datang kelas lambat kene nyanyi lagu Politeknik depan kelas, baru boleh masok...tak siap asgnment, begadoh hal2 kecik...macam2...its all about our memorys...

Akhir kata dari aku....terima lah gambar kat bawah ni...


Garden of knowledge....


Centre of Islamic @ PSIS.


Buat mereka yang baru nak melangkah masok ke PSIS ni.....
Selamat Maju jaye saya ucapkan.....
Buat yang terbaik.....semuanya kerana Allah dan ke dua Ibu Bapa kita....
Sama2 kita majukan Politeknik,

Klik dan sila hayati gambar diatas..sebijik macam life aku kat PSIS dulu..haha


Kalau dah bermula sem baru nanti...mungkin Blog aku dah tak der post2 baru (jarang update)....manekan tidak...kami Student Banking & Economic, sibuk macam perdana menteri..sampaikan....
"Nak terkentut pon tak der mase"?


Salam Perjuangan,
Back To School_21/12/12







Sunday, December 11, 2011

Detik Demi Detik Ku Hidup.

Assalamualaikum...


Semenjak kebelakangan ni..aku blur2 je dengan ape yang aku buat...kadang2 aku banyak salahkan persekitaran aku..ini tak kene,itu tak kene...so secara tiba2 benda2 ni membunoh hati dan perasaan aku, lantas aku jadi seorang yang sangat pendiam dan kuat marah...kadang2 luar jangkaan..susah nak cakap. Memang aku selalu salahkan surrounding aku, example member2 aku, duit tak cukup, malas nak jalan jauh, kereta, kampus life, everything....ade jer. Its not lah aku langsung tak bersyukur! aku pon manusia biasa....selalu buat silap...harini menangis minta ampun pada Allah, janji tak buat lagi...Tapi selang 2 hari...bangun suboh pukul 10..? ape benda nye tu? Doa dan Usaha tak selari..manakan dapat keberkatannya? Subahanallah..


Belum pun bermula semester 5...tapi bahang kebosanan mula terasa, tambahan aku duduk rumah sewa sem5 ni..jangan terkejot lah ayat yang bukan2 keluar dari mulut aku nanti. Aku jenis yang tak berapa nak pandai menjaga diri sendiri. Pemalas dan kuat berfikir benda2 yang tak sepatutnya difikir. Maaf dekat kawan2 yang kurang senang dengan perangai aku, kerenah, banyak songeh dan kadang2 ter kurang ajar...tegur lah aku ni...aku sedia untuk ditegur..wordless kadang2 tu aku tak tau nak cakap ape...aku cepat bosan...sebab tu time korang bersembang sakan, aku malas nak layan...aku sendiri tak tau ape yang aku nak? how?



Benda2 macam ni yang buat aku tak bersemagat nak buat apa yang aku impikan selama ni....Cita2 setinggi langit tapi mcm aku cakap tadi...doa tak selari dengan usaha..."Ya Allah, kurniakan lah aku sebuah ferari dan duit bejuta dalam akaun bank" Boleh ke doa macam tu? Mane usaha?


Selalu jer aku persoalkan dengan kawan2...."aku kekeringan duit" Sedangkan Abah baru jer topap seribu utk perbelanjaan sekolah aku...tapi aku masih cakap tak cukop? yuran semua dia support, mane ade anak orang lain macam tu? member aku masing2 gune duit sendiri, siang keje mlm keje...aku jer yang masih disuap...Hidup terlajak senang macam ni lah jadi nyer.....Bila duduk dekat rumah sewa yang serba kekurangan skarang ni, baru aku tau, langit tu tinggi ke rendah.....kulit selama ni tak pernah kene gigit semut, sekali kene....merah muke tak terkate..


Aku akur dengan segala2nya...perlahan2 aku cuba utk mencari perubahan.....diam aku tak bermakna kosong! Tapi akan aku pastikan yang diam aku benar2 berisi suatu hari nanti! Kawan2 tgok aku mcm Wow..Cool giler budak ni, kuat semagat, berani bercakap, Hakikatnyer...aku seolah2 berada dalam dunia fantasi...syok sendiri, always rasa diri ni betol dan....tak tentu hala....samar2 mencarik jalan...tersungkur pun tersungkurlah...janji masih boleh berjalan....orang lain dah sampai ke seberang, aku baru nak mencapai pengayuh..its not Falsafah, but its come from my heart..truly wordless.


Aku selalu tersenyum depan kawan2 aku...bergurau, comel2 mcm budak2...Soalan2 aku semua nyer mcm budak2..nak kencing pon tanyer member dulu, always caring dengan org, cute2 jer aku ni..hakikatnyer...PECAH! itu semua nak sedapkan perasaan jer...member aku si z tau lah Kot aku ni mcm mane orgnyer...bagi dorang mungkin aku ni separa gile. tak per...tak der masalah semua tu...bagi aku


Selagi Hidup bersama masa maka selagi itu juga hidup itu dewasa bersama usia...


Sebenarnyer dah hampir setahun lebih aku menulis blog..ini post yang ke 2++....Realitinyer aku sendiri tak tahu apa yang aku cube sampaikan...korang yang bace mungkin akan terkeluar sebuah ungkapan khas untuk aku, tapi aku yakin ianya mmg akan buat aku tergelak sorang2....tak per...Blur sekalipun..Aku cuba menulis sampai aku menutup mata.....ini sebuah diary kehidupan, detik demi detik...
"Dalam perjalanan pulang melalui lorong hidup,pasti ada cerita tersangkut di kaki limanya"

Friday, December 9, 2011

Tazkirah Fb.

"Klik untuk tumbesaran gambar.."

Terima Kasih Ustaz, Masih sudi tegur anak murid dia...

Langkah semakin hampir..


Assalamualaikum...

Nak bagi tau yang aku baru je balik dari Sabak Bernam...untuk ape pegi hulu tanjung tu? Untuk aku lapor diri, interview lepasan li..mood nervous tapi bila jumpe dengan kawan2 aku alan,zamer aku try untuk cool sikit, kitorang gerak satu kereta, ...gerak pukul 10.30 pagi sampai rumah sewa dalam pukul 1 lebih rasanyer...Alhamdulillah perjalanan semuanya selamat..

Sekarang ni aku kat dalam rumah sewa, rumah sewa ni mmg besar lah,toilet ade 2, dapor ade 2, peti es ngn mesin sume dah ready,  puas hati jugak lah, cume biaselah, kalau dah kampung mcm ni, nyamuk tu mesti lah banyak, so kulit aku jenis kulit bandar..faham2 lah...tebeliak jugak bijik mata menahan gatal...tapi tak lah serius sangat...mcm “org” tu cakap...lama2 ok lar tu..

Macam2 ar dugaan yang aku dapat kat sini, biaselarr..bila hidup dengan kawan2...baru kita tahu, langit tu tinggi ke rendah...aku ni jenis pendiam orang nyer...tak banyak cakap sangat, tapi banyak gelak lah...hahaha...so aku lebih rasa tenang bile duduk sorang2..mcm tu lah...lama2 jadi giler plak..

Sem5 hampir tiba...lagi 2 minggu aku rase...apa yang aku nak cakap kan kat sini...aku mencuba untuk menjadi yang terbaik hari demi hari...banyak bersabar dengan keadaan sekeliling dan macam2 lah..bak kate lagu najwa..senyum tak perlu kata apa-apa....yelah, kau belom tengok aku stress tahap kritikal lagi...ade yang kene penampar thailand nanti. Lama tahan ni..

Ok lar...tdo lar...aku pon dah tak der mood nak menaip lagi...otak masih penat, kejutan budaya...esok aku balek KL...Doakan perjalanan kami selamat...inilah kehidupan aku si budak blur...by. 


Saturday, December 3, 2011

END.

Rasa macam tak terkata...nafas aku tenang..harini merupakan hari terakhir aku kat office,semalam sambil jalan2 nak ke sogo, around 10.15 a.m, aku ngn member aku ade borak2...”esok kite dah last day mer” sambil angin kencang pagi2 tu, mmg aku terasa kesyahduan kenangan2 yang telah tercipta kat kwsp selama ni...tipu lah kalau aku cakap aku tak rasa ape2...

Ni sebenarnya mmg masa yang dinanti2kan...boring,bosan,mcm makhluk asing,sume2 yang aku maki selama ni telah pun berakhir, dan aku sedar..itu semua pengalaman yang tiada nilainya, banyak aku belajar kat sini..dari hari pertama aku melangkah kat sini, hinggalah hari ni...dugaan yang meruntun emosi,gelak tawa,sedih,bengang..semua pon ade...kalau nak dikenang mmg lar berjeler....tak payah nak kenang2 der lah kan...yang berlalu biarkan ia berlalu...

It is with a very very heart that Friday 2th, will be my last day with section bajet kwsp..i still feel that it was only yesterday that i introduce my self at monthly assembly at jkew, and yet is has been a very educational and enjoyable 6month at this department. Next week i start a new chapter in my studies at Polythecnic, and realy miss this site and thaks for everything given lah.

I thanks to all of Finance Department staff especially the leader of JKEW, En.Sazaliza Zainuddin, my bos at bajet, Madam Thilaga, Puan Halimaton..and also to all team budget, En.Hafizi,Pn.Izyani,Pn.shuhada,Pn.Haida,kak wan,kak pah..for your guidance, support, personal advice, and especially patience for 6month working with me..

Banyak lah nama2...kalau nak sebut mmg tak habes lar kan......Saya sangat berterima kasih dan semoga Allah sahaja lah yang dapat membalas jasa dan budi yang telah anda semua berikan pada saya... Semoga kebahagiaan dan kemesraan akan terus mewarnai kehidupan kita...panjang umur dan murah rezeki,InshaAllah kita ketemu lagi... Salam perpisahan. (Terima kasih JKEW)



"serius mata aku berkaca..."

Monday, November 21, 2011

Tepuk la tangan sikit...

Assalamualaikum, isyk2...tak payah nak mintak maaf sangat lar ek...asal post jer, mintak maaf ler sbb dah lame tak update...bela bela bela...orang pon dah meluat. Ni nak bagitahu ni....dengar tol2...

6 – 7hb going to PSIS for Interview. So dengan penoh rasa syukurnya saya memotong reben merah menandakan tamat sudah peristiwa 6 bulan di KWSP ni yer.. Kalo nak becerite A sampai Z... mungkin boleh buat novel tau, so elakkan dari membuang masa becerite benda yang udah berlalu. Oh tidak dinafikan, pengalaman ini adalah teristimewa dan termahal yang aku peroleh pada tahun 2011 ni, mungkin anda yang sedang membaca ni tak rase, tapi saya yang merasa...rasa ape? Rase macam2..perise oren,anggor,limau bali,rozel etc...kalo dicampor kesemua itu maka akan tercirit birit 1minggu.

Saya nak sentoh pasal laporan saya. Nak dengar tak? Tak nak udah. Ok macam ni, berbangga dan amat bersyukur penat dan lelah selama ini, sudah pun sampai ke penghujung. Laporan  berjaya disiapkan sepenuhnya pada tanggal 20NOV...tarikh ini utk sedia maklum,sudah pun di “cop” terlebih awal....dalam erti kata lain..Agenda tahunan. So tak terkejut sangat lah knpe cepat nyer kau siap mer...tepok la tangan sikit. Total pg 100 muke surat tak termasuk lampiran, kulit etc...kalo campor semua halaman bercetak,ade dalam 115 kot? Entah...dont make me panic.

Tutop cerite laporan. Kite pergi ke PSIS pulok. Ok macam ni, 6hb nanti aku akan gerak ke sana, dalam pukul berapa aku tak pasti, kalo dah nak gerak nanti aku msg lah korang. Aku balik dengan sahabat2 aku. Macam biase, perjalanan jauh beratos batu meruntun diri ini untuk membuat persiapan rapi. Bukan dari segi paras rupa sahaja! Malah kenderaan yang dinaiki tu juge memerlukan “tenaga” yang power dan benar2 ready untuk berjalan jauh. (mcm lar kereta kau BMW) sebab bukan BM lar aku ckp mcm ni. Setakat ni belom ade respon @ planning daripada mana2 pihak berkaitan perjalanan ini, mungkin diorang letakkan sepenuh kepercayaan kepada diri saya, ataupon diorang tengah sibok tahap perdana menteri malaysia untuk siapkan repot, sampai terlupe yang minggu depan punye minggu depan dah nak kene balek interview? I dono...”Telifon berbunyi” helow sape tu?

 End of the story lar kan...perjalanan ku ini masih jauh, berliku2 macam gurun sahara...ape lagi nak dikate selain “Redah jer larrr” nak becakap panjang pon tak gune..bukan ade orang nak dengar.. so kite happy jelah, kewajipan jangan dilupa...takut2 Allah pula yang melupakan kita.

Ade lagi 1 nak cakap! Dengar dengan mata hati yer. Kalo ade pita rakaman suara, boleh on sekarang. Ok,Saya dengan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat2 saya yang jauh dimata, dekat dihati..yang sedang menanti tarikh akhir praktikel..bawak2 bersabar, masa itu akan datang dengan sendirinya, dan begitu juga dengan yang baru nak masok ke PSIS! Oh semestinyer anda berasa sangat lucky kerana dihantar ke hulu negeri mcm tu, pesanan saya, jagalah diri anda dan maruah anda, pasangkan niat untuk bersungguh2 belajar dan bercita2 tinggi walopon setinggi bintang sekalipon, ingat pengorbanan ibu ngn ayah kita kat rumah tu, tanpa doa mereka, tiada keberkatan kita hidup di dunia ini..Selamat berjuang kepada anda semua, jumpa anda di sana...Tepok la tangan sikit..for your self jugak ma...



Amir ‘Izzat
Seksyen Bajet KWSP,

Monday, November 7, 2011

RINDU...


Salamualaikum...Selamat malam..orang lain semua dah tido..Tpi time mcm ni filling tu datang untuk Update...

Mood : Baru balik dari bumi KLANG, Bandar Diraja. Suam2 Suku..

Rindu tu mmg ade dekat tempat study, mane lagi kalo bukan Bumi PSIS...Mungkin lar,ade yg cakap aku buang tabiat malam ni sbb ckp ttg rindu...tapi nak wat camner..dekat sini jelah tempat aku luahkan perasaan..tak der teman pun yg sudi nak mendongarnyer...buang mase korang jer dengar cite aku. So why not..aku membebel sorang2 kat sini..Penghargaan buat anda yg sedang membace..

Disebabkan praktikel selama lebih kurang 6bulan...so, perpisahan itu adalah satu yang wajib untuk aku lalui bersma kawan2..dek kerana naluri aku yang tak sekukuh mcm korang, hati aku cepat terusik..ingat lagi..air mata berenang2 time meninggalkan bumi PSIS...Kalau tak silap 29 April tarikh akhir aku meninggalkan PSIS utk sementara waktu. Detik yg betol2 buat aku sedih time pelok roomate aku..time tu barang semua dah ade dalam kereta, just nak gerak ke KL jer....kami peluk sekuat2nyer..mohon maaf dan saat tu..lerailah perselsihan antara kami..Macam tu jugak dengan member lain...masing2 “terasa” detik2 perpisahan...yer! walaupon 6bulan...kenangan semester 3, pahit manis ditelan bersama...gelak pon sama2..tapi jatuh,kau bangun lah sendiri ye..



Lagu tema (latar) : Samsons..Kenangan termuntah..Volume sound : 4 bar. 12.51 pagi.

Jujur lah ek...sememangnyer aku rindu dekat shabat2 aku..especially budak2 kelas, geng2 aku...entah kemane..myb korang bizi sgt kan, sampai tak sempat nak msg aku, even yang call aku haritu, msg2 tanye khabar, faisal, ngn rizal Korang mmg lawak giler..aku yg kuat mengarot ni....dok tegelak-gelak besembang...ape yg lawak pon aku tak tau..Ingat lagi korang kat budak kecik ni kan? Dulu2 aku terbiar main sorang2 tepi longkang psis tu...tak der kawan..korang sume ade geng..aku jer yg sombong tak nak geng ngn korang..skarang aku plak yang tehegeh2 kat korang yer? Mungkin laarr..

Em, bile aku senaraikan nama2 individu yg aku teringat waktu ni..mungkin diorang tak bace pon...tapi harapan aku, yang sampai adalah sebuah doa ikhlas dari insan kerdil bernama Amir ‘Izzat..org yang tak akan bercakap dan gelak waktu2 pagi..suke bersendiri, belek2 handphone yang sebenarnyer tak ade msg pon..tapi buat2 ade...

Hazlan Derman is my abang dan hero yg terhebat dalam kelas...tak der ganti boleh ambek tmpat dia..

Afik is the kawan yang memahami...dan kami ber2 banyak belajar dari kesilapan..sempoi jer..

Abg Adam yang sgt cool dan always support sume kawan2 dia...video2 yg buat aku berair..dia lah yg buat tu..

Faisal yg berperangai 3suku...always like me...sekejap mendong,sekejap pelangi...

Rizal mmg hebat dalam behujah, buat sepah bilik aku dan perangai dia yg bukan2 realy makes me smile + geleng2 kepale..haha

Zamir yang sentiasa buat jiwe aku berwarne warni..Anggap dia macam adik aku sendiri walopon dia yg  lahir dulu kan..yg penting senyuman dia dan perangai budak2 dia aku tak boleh lupa..

Kugiran Patah Hati yang triple cool, 24jam happy...Suke buat lawak tahap antarabangsa...”Apekabar Laqueeenn....Untong Larrr.....”kah3..

Mok yang always senyum2 kambing dekat aku...kalau berselisih kite akan buat muke ketat...tapi percayalah..ttp syg kat ko nyer...ingat tak sem2 kite 1 bilik? Haha..tut tut..

Rajih is the cikgu maths yg paling hebat di psis...never forget moment2 kita time bulan ramadhan sem2.....Aku lulus statistik kerana dia banyak bantu....

Shahrizal yg always sunyi sepi...tatkala dia sunyi, aku datang nak buat dia happy...tapi ketok bagai nak rak..bukak pintu pon tak...haha..yg paling mantap otak dia yg jwb bisnes full in BI? Selut u shah...


Lagi 20 hari right? Kite akan ketemu....semangat yang baru...azam yang baru...lagak masing2 tak kan lekang dari diri masing2...

”Aku ade ni..kau ade?”

“Elehhh....setakat tu..aku boleh beli 10 kot...”

Ayat boleh beli 10 tu lahir dari penulis blog ni sendiri...so kawan2 dia, dalam hati akan cakap..

”Bapak belagak tahap gaban amir ni”

 So aku mintak maaf....10 jari disusun, anggplah itu sekadar gurauan..hihi..suke2 jer..

Ok lar..Disebabkan aku dah meleret panjang sangat ni....izinkan aku tutup tirai entry ni dengan doa-doa agar kita semua berjaya dalam perjuangan, dunia dan akhirat...begitu juga buat semua kawan2 kat luar sana..percayalah sahabatmu ini sentiasa merindui detik2 kita bersama....


Bismillahirrahmannirrahim...

Ya Allah...Pnjangkan umur semua sahabat-sahabatku..Kurniakanlah kesihatan yang baik buat mereka, terangi hati mereka dengan nur pancaran iman..

Ya Allah...Tetapkanlah hati mereka, perluaskanlah rezeki mereka, dekatkanlah hati mereka dengan iman, jauhkan mereka pada kejahatan, tunaikanlah hajat mereka dalam agama,dunia dan akhirat..

Ya Rabbana...Jagalah hati mereka agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..Jika dia rindu...rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah ya Tuhanku...Jika engkau halalkan aku merindui Sahabat-sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu dan kasih sejati hanya untukMu,

Ya Allah...Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dunia dan akhirat.

Ya Allah,sesungguhnya kami telah banyak menzalimi diri kami sendiri, maka sekiranya jika engakau tidak mengampuni dosa-dosa kami..maka kami tergolong di kalangan orang-orang yang rugi....

Amin..


P/s : Jumpe sem5 nanti...repot buat mantap2 ok..(Gentle tak post ni? tak larat nak bace kot)

Sunday, November 6, 2011

Dalil & Fadhilat Ibadah Korban.



   DALIL-DALIL PENSYARIATAN
  • Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

    Maksudnya : "Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur"
    .
  • Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

    Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu". 
  • Sabda Rasulullah S.A.W.:

    Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)
FADHILAT IBADAH QURBAN
Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:
  • Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim) 
  • Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

    Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban) 
  • Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

    Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani) 
  • Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

    Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi) 
  • Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami"

Perkongsian Daripada : EZD'KORBAN.
Salam Aidiladha, mudah2an ibadah korban kali ini memberi seribu satu makna kepada kita sbagai hamba Allah..jgn kita lupa kepada insan yang kurang berkemampuan :) 
P/s : Aku baru naik dari tgok lembu kene sembelih..Kuchai ada 10 cow.

Saturday, November 5, 2011

Buat sahabat di Facebook..Juga buat diriku yang mudah lupa.




Assalamualaikum....

Seorang WANITA yang berani meletakkan status IN A RELATIONSHIP WITH bersama kekasih bukan mahramnya itu, ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang MUSLIMAH. Kerana ia seolah-olah seperti memberi tahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dengan kekasihnya, seperti istiharkan KEMAKSIATAN.

Tahukah kita bahawa meletakkan status IN A RELATIONSHIP WITH bersama kekasih bukan mahram, boleh menimbulkan FITNAH? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa? Akhir zaman ini, ramai manusia yang berbangga dengan maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri..

Tahukah kita juga sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Inikan pula perhubungan couple yang jelas HARAM?...Tetapi masih mahu menunjukkan yang diri itu sudah berstatus couple! Kalau status pertunangan tak mengapa lah juga. Nabi SAW  menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana :

Sabda Nabi SAW : Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair r.a, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil)

Oleh itu janganlah berbangga dengan status IN A RELATIONSHIP kekasih bukan mahram kita, itu kerana, yang kita dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...Nak selamat dan nak elak diri dari difitnah....Halalkan segera perhubungan kita itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat....


Pesanan ini juga buat kaum lelaki dan juga diriku yang mudah lupa.




Friday, November 4, 2011

Untitle but its come from heart.



Assalamualaikum and wazzup guys...First nak cakap is..Apologise to all of u yang bile bukak blog ni jer..entry lame...seminggu kemudian, bukak lagi...kali dengan penuh harapan agar ade post baru, tapi sekali bukak entry lame jugak...dan korang pon akan kecewa dan Bored gile dgan blog ni...memang langsung tak ader yang menarik...Thanks dekat yang lalu lalang..especially nama blog anda tersenarai dalam kapet “Traffic Jam”...dan tak lupe la jugak dekat ogr2 Selangor,Kuantan,balakong...entah mane2 negara afrika pon ade...hahaha...banyak syok sendiri jer aku ni..haissh..Ok kali ni kite serius yer.

Alhamdulillah, detik itu semakin tiba untuk aku menamatkan semester yang secara kronologi nya sangat menghampakan...the best word is Bored! Super duper power pengalaman praktikel ni...sape yang belom rase..tunggu lah masenye. Thats why aku payah sangat nak update blog ni, sebab-sebabnya ialah..

1) typing repot every day never give up...

2) Khusyuk main game Empire Alies utk menakluk dunia dgn bejuang bemati2an untuk mendapatkan semua tawaran hadiah2 perang.

3) Untuk menjayakan point no1, aku kena research pelbagai benda, dan benda2 ni selalu aku lakukan kat office...korek data sane, ciplak maklumat, semuanya aku godam demi menjayakan point no1 ni.

4) Malas dan ngantok vs boring tahap kuil batu cave..tensyen plus stress.

5) Masalah dekat office dengan org2 yang meruntun kesabaran aku.

6) Apabila point no4 diadun dengan sebati dengan point no1, ditambah sedikit kebengangan di point no5..maka jangan mimpi aku nak buat point no3...dan hasilnyer aku dapat point no5.


Filling stress and need to forget-it the moment..

Oh lupe nak dikata....aku punye laporan dah nak siap pooonnnn.....mencecah 90 muke surat...finally benda ni siap jugak...thanks to Allah for giving power to me. Tapi memang banyak yang nak kene tacap lagi.....level of confident terhadap hasil laporan tu around 87%....selebihnya aku akan usahakan lagi....dan yang paling penting doa berterusan pada Allah. Kawan2 yang lain aku tak pasti...sunyi jer.. bizi sangat...

Ok lah, nothing to say dah...kepala aku pening macam ade gegaran tsunami...ni semua gara2 sakit hati kat office tadi...Myb esok pegi Putrajaya dengan member...kayuh basikal kat taman botani pukul 10 tgah hari...what the short aku pon tak paham...pelik2 rancangan korang. Mudah2an enjoi dgan diorang esok, sedikit sebanyak aku harapkan tekanan harini diredakan pada hari esok.



Jumpa next entry...Salam Raya Haji...


Thursday, November 3, 2011

Trivia & Sebuah Situasi..

Assalamualaikum...Sebuah TRIVIA dari seorang blogers terkenal...Wahh! Tak sabar nak bace! Jom!

 1) Tahukah korang bahawa Turki mempunyai bilangan billionaire terbanyak di dunia?

2) Tahukah korang bahawa bahasa Mongolia tidak mempunyai perkataan "ya" dan "tidak"?

3) Tahukah korang bahawa artis Malaysia pertama yang masuk ke carta Billboard Top 100 adalah Francesca Peters dengan lagu Just On The Edge, iaitu terjemahan lagu hit beliau, Sekadar Di Pinggiran pada tahun 1989?

4) Tahukah korang bahawa rumah persendirian tertinggi di dunia adalah milik Mukesh Ambani, jutawan dari India, dengan ketinggian 27 tingkat?

5) Tahukah korang bahawa Sandra Bullock fasih berbahasa Jerman?

6) Tahukah korang bahawa ketika zaman mudanya, Steve Jobs pernah bertapa di Tibet selama 4 bulan, dan kemudian di Batu Caves selama 2 bulan, dan kemudian di Nepal selama 3 minggu?

7) Tahukah korang bahawa hanya ada seekor haiwan yang mampu hidup di Laut Mati iaitu ikan kap jepun?

8) Tahukah korang bahawa bulu kambing biri-biri yang diperkasakan dengan rotan boleh digunakan untuk membuat jaket kalis peluru?

9) Tahukah korang bahawa penghidap penyakit Flexibus Culubitassemia (satu dalam 84 juta manusia) mempunyai tulang yang sangat anjal dan mampu menoleh kepala sebanyak 320° ke kiri atau ke kanan?

10) Tahukah korang bahawa ketika hayatnya, Mustafa Kamal Attaturk menderma 40 sen kepada setiap pengemis yang ditemui di jalanan setiap hari? 

11) Tahukah korang bahawa frekuensi kawad kaki tentera Amerika pernah menyebabkan jambatan Tacoma Narrows Bridge di Amerika runtuh?

12) Tahukah korang bahawa komposer muzik latar rancangan Jejak Rasul adalah seorang bukan Islam?

13) Tahukah korang bahawa jarak antara hidung dan cuping telinga seorang manusia normal adalah sama dengan jarak sejengkal tangan kanannya? Hanya satu dalam 6 juta manusia mempunyai jarak hidung dan cuping telinga yang kurang daripada sejengkal (kebiasaannya golongan genius dengan IQ melebihi 170).

14) Tahukah korang bahawa sambutan Krismas diharamkan di Korea Utara dan digantikan dengan Kimtokai Hungyo, iaitu perayaan menyambut kelahiran Kim Jong-Il?

15) Tahukah korang bahawa makan daging kambing boleh mengurangkan risiko diabetes sebanyak 14%?

16) Tahukah korang bahawa 90% fakta yang aku nyatakan di atas adalah palsu belaka dan langsung tidak boleh dipercayai? Adakah korang terasa bangang nak mampus sekarang sebab tadi korang pegi ukur jarak hidung dan cuping telinga gune sejengkal tangan kanan pastu kata, "Wah aku genius!"?

17) Tahukah korang bahawa kalau aku tak bagitau fakta nombor 16 tadi, akan ada 54% pembaca yang akan percaya semua yang aku tulis tanpa usul periksa?

18) Tahukah korang bahawa statistik 54% kat nombor 17 tadi pun aku reka sendiri?

Moral of de stori: Kat internet ada macam-macam cerita. Jangan percaya semua, dan jangan sebarkan kalau tak pasti kebenarannya. Jangan gunekan ayat, "Ini aku dengar cerita Si Polan. Kalau Si Polan bohong, maka bohonglah aku." Sile ingat, saiz otak manusia adalah 43 kali ganda lagi besar daripada saiz otak burung kakak tua, sebab itulah kite perlu berfikir sebelum ulang cakap orang lain.


Eh yang pasal saiz otak burung kakak tua tu pun aku tipu jugak sebenarnye.


Ini adalah status FB aku 2 3 mggu yang lepas....
(Klik pada gmbar untuk tumbesaran)

Sebab gape aku berStatus mcm tu..sebab bagi aku, terlalu bersepah cerita yg macam2 kat FB tu, termasuk yang belum sahih ceritanya...bertambah Syok bila gambar skarang dah besar2..takut2 timbulnyer fitnah dan tanpa disangka kita meng"Aib"kan orang? (Aku juga bercakap untuk diri aku sendiri yang suke share game Empire Alies semata2 untuk menakluk dunia dan mengumpulkan bon kebebasan) Ape aku merepek ni?

Selepas status diatas aku post.........tak sampai "1 MINIT" berlalu...Aku pon tekan lar New Feed...Dan status yang pertama terkeluar ialah.......

(Klik pada gambar untuk kesuburan...lepas tu gelak pelahan2..) 

Ha!! Ambek kau.....Die termakan Cili Boh 5 cebok ker?

P/s : Kalau lah ianya mmg ditujukan untuk aku...aku mohon maaf...
betol lah cakap akak.."X SEMUA MANUSIA SEMPURNA BANG OII..."
Aku tak bantah,ape yg dia cakap, tapi aku mcm terkejut sikit..Tapi cube untuk menerima..
(Walaupun aku tak tau,adekah status dia tu, feedback dari status aku)..MaafkanLah..



"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantah, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah..Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." Al-Anfal (8) : 46

Sunday, October 23, 2011

Edisi Khas : Draf Laporan VOL:2

Assalamualaikum geng..

Aku ade Janji nak sambung haritu...Klik sini...but serba sedikit jer aku boleh share dekat blog, yg lain private lar, aku dah fikir masak2 dah...Setakat 23/10/2011 dah 60% laporan berjaya dikarang menggunakan otak sendiri. Ok malas cakap banyak..cau cin cau...layan aktiviti gile ni....

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Ringkasan aktiviti latihan industri ditulis dalam bentuk rumusan mengikut
      susunan nombor. Ringkasan ini dicatit setiap minggu dari minggu
      pertama hingga minggu terakhir. (4 Julai – 2 Desembe

MINGGU 1 ( 4/7/2011 - 8/7/2011 )
      I.        Melapor diri di Jabatan Kewangan, Seksyen Bajet & Operasi Sokongan dan berkenalan dengan semua kakitangan seksyen Bajet.

    II.        Menguruskan dokumen pengesahan pelajar untuk diserahkan kepada Jabatan Pengurusan Harta bagi proses membuat kad ekses sebagai kemudahan untuk keluar masuk dari pejabat.

   III.        Membuat semakan terhadap permintaan bajet 2012 serta mengenal pasti kenaikan permintaan.

  IV.        Proses membuat tanda “Hightlite” bagi permintaan yang mempunyai kadar peningkatan yang tinggi dan mengenal pasti varian peningkatan.

   V.        Diberikan sebuah buku berkaitan Pekeliling KWSP Bil 7/2011 dan Tatacara Penyediaan Bajet Tahun 2012 untuk dibaca dan difahami dan juga sebagai rujukan kerja semasa tempoh latihan di Seksyen Bajet.

  VI.        Diberikan tempat “Workstation” lengkap dengan komputer untuk melakukan tugasan kerja sepanjang latihan.

MINGGU 2 (11/7/2011 – 15/7/2011)
      I.        Mengasingkan Borang Jadual Tambahan 5 (BJT-5) dan Lampiran F berkaitan pelupusan aset dari buku bermohonan bajet setiap Jabatan / Cawangan KWSP seluruh Malaysia.

    II.        Membuat agihan klasifikasi terhadap item aset standard menggunakan perincian Microsoft Excel.

   III.        Membuat salinan fotokopi bagi BJT-5 dan meneruskan kerja-kerja pengasingan borang tersebut.

  IV.        Pemfailan bagi BJT-5 mengikut lokasi dan jenis aset (IT / bukan IT)

   V.        Membuat pengasingan dokumen analisa bajet menggunakan kertas index dan difailkan.

MINGGU 3 (18/7/2011 – 22/7/2011)
      I.        Membuat  kerja-kerja binding set bagi kesimpulan dokumen-dokumen berkaitan mesyuarat yang lepas.

    II.        Mengenal pasti kumpulan belanja aset dan ianya perlu disusun mengikut nama GL dan kod GL seperti belanja kakitangan, belanja tetap, belanja berubah langsung, belanja berubah sokongan, belanja pelaburan dan aset bernilai rendah.
   III.        Semakan fail Cawangan Kelantan, Johor dan Sarawak untuk mengenal pasti permohonan bajet “Asset Low Value”

MINGGU 4 (25/7/2011 – 29/7/2011)
      I.        Semakan terhadap bajet yang telah diluluskan pada tahun 2011 dan 2012 dan juga membuat perbandingan dengan bajet semasa dengan bajet yang dipohon Cawangan / Jabatan.

    II.        Mengurusakan penerimaan BJT-5 dan borang cadangan pelupusan yang terpaksa dihantar semula oleh beberapa Jabatan/Cawangan kepada seksyen bajet akibat masalah dalam pengisian maklumat.

   III.        Membuat analisa bagi justifikasi elaun perjalanan dan pengangkutan anggota (Rasmi).

MINGGU 5 (1/8/2011 – 5/8/2011)
      I.        Sambungan tugas membuat analisa elaun perjalanan dan pengangkutan bagi fail setiap Cawangan berdasarkan borang jadual tambahan 2 (BJT-2) dan perlu disiapkan dalam minggu ini.

    II.        Pengenalan kepada InfoKlik sebagai sebuah sistem email dan rujukan maklumat khas KWSP.

MINGGU 6 (8/8/2011 – 12/8/2011)
      I.        Membuat salinan fotokopi bagi 2 fail ‘virement’ dan membuat pemfailan baru.

    II.        Penghantaran semua dokumen salinan ‘virement’ kepada Jabatan Operasi Strategik.

   III.        Membuat catatan masuk bagi dokumen pengagihan penyata tuntutan elaun kerja lebih masa (O.T)

  IV.        Membuat salinan fotokopi permohonan pindah peruntukan Bajet KWSP 2012.

   V.        Penghantaran fail-fail pelupusan yang melibatkan BJT-5 dan Borang Cadangan Pelupusan kepada Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan & Perkhidmatan (JPPB&P).

P/s : Hutang setel...ade masa aku upload bab lain plak..ni pon separuh jer..Ok, Salamualaikum.