Thursday, December 23, 2010

SEKITAR PILIHAN RAYA KAMPUS PSIS.

Mereka adalah kelompok-kelompok anak muda progresif bergelar mahasiswa yang mempunyai kesedaran sosial dan politik yang tinggi serta mempunyai inisiatif dalam memperjuangkan idealisme dan kebajikan mahasiswa. Melalui semangat dan inspirasi tersebut, mereka membentuk suatu jaringan pemikiran dan perjuangan bagi bertujuan mengembalikan keunggulan dan kegemilangan kepimpinan mahsiswa beridealisme, bebas, intelek, dan progresif di kampus. Inilah yang digelar Jaringan
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR.

 TRANSFORMASI TAMPOK KEPIMPINAN BARU JPP PSIS.

C.H.A.N.G.E F.O.R T.H.E B.E.T.T.E.R

MUHAMMAD AMIR 'IZZAT BIN ROSLI /
  JABATAN PERDAGANGAN / CALON KERUSI EXCO
PILIHAN RAYA KAMPUS JPP PSIS.

P/S : Laporan, info dan situasi semasa berkaitan PRK PSIS akan di perbaharui dari masa ke semasa di blog ini, terima kasih kepada yang "folow",Cadangan dan teguran yang membina amat kami hargai,direct komen di http://www.facebook.com/profile.php?id=100000632326006&v=info atau terus ke ruang CERITER KEDAI KOPI._ADMIN.


KERAGUAN DAN SUDUT PANDANG SAYA. (FASA II)

Assalamualaikum w.b.t buat semua yang sedang mengikuti ruang SEKITAR PRK PSIS ini, terlebih dahulu, saya mewakili diri saya secara peribadi menjelaskan bahawa penulisan dan pendapat pada ruang ini adalah dari sudut peribadi saya dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

 Saya mengatakan secara tegas bahawa apa yang sedang berlaku pada tempoh berkempen untuk PRK PSIS agak suram dan saya mengaku saya sendiri sebagai seorang calon kerusi EXCO agak kurang bersemangat untuk membangkitkan hal-hal politik kampung sebegini.

Saya bertanding kerana Kesedaran untuk merubah Tampok yang lame dan Galakan kawan-kawan, cabaran disahut dan kini Nama sudah tersenarai. (Pengalaman pertama) 

Apa yang diragukan ialah apa yang sedang berlaku oleh semua calon? Pada 24/12/2010 jam 2.30ptg, saya dijemput oleh seorang kenalan senior, dimana ajakan beliau kepada saya untuk mengadakan sebuah perjumpaan calon2 PRK bertempat di bilik **** kerana kata beliau ingin membuat sebuah kempen yang boleh memeriahkan lagi PRK kali ini. 

Kedatangan saya agak lewat, namun agak terkejut bilangan yang menghadirkan diri agak sedikit, sekadar 7 org pada waktu itu. Pembuka kata dimulakan oleh "ketua" sidang, dengan memberi "intro" kepada tujuan perjumpaan.

saya ringkaskan disini bahawa Beliau yang dimaksudkan dan seorang calon semester2(mungkin kuncunya) seolah-olah ingin mendominasi JPP yang akan dibentuk kabinetnya dalam masa seminggu lagi. Dan yang membuatkan saya terkejut adalah beliau menubuhkan sebuah kumpulan yang pada mulanya diberi tema MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR (MAP), namun berubah dalam masa 30minit kepada PRO-SISWA MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR. Saya jelaskan disini bahawa apa yang sedang dibincangkan dan direka oleh beliau adalah satu keraguan pada pihak saya dan sejujurnya saya tidak berminat langsung! 
p/s : Beliau berkata seramai 13 calon pilihan raya sudah berjaya ditariknya ke dalam "group" ini dan baki calon lain tidak dijemput disebabkan sesuatu yang seolah-olah dirahsiakan. hanya 7 org yang hadir pada perjumpaan itu, kerana yang lain balik bercuti.(Kesahihan tidak pasti). Beliau mengatakan bahawa 13 orang ini akan mendominasi JPP dan tidak mustahil yang "sedang bercakap" itu ingin kami yang mendengar ini mengundi beliau sebagai YDP? Hmm.....geleng kepaler......

Keraguan yang dimaksudkan adalah beliau seolah-olah menggunakan tektik kotor untuk menjadi Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pada PRK kali ini. memang beliau dilihat seperti ingin membuat satu fenomena luar biasa, namun saya percaya bahawa apa yang beliau sedang lakukan adalah hanya sebuah KABINET BAYANGAN yang ingin beliau realisasikan bersama PUAK beliau yang akhirnya dilihat seperti membuat perkara sia-sia dan berani saya katakan bahawa beliau menubuhkan PUAK yang jelas tidak menarik minat saya untuk berada lebih lama semasa di dalam perbincangan!

Ya! anda bertanya, kenapa saya ikut? jujur saya tidak mengetahui AGENDA beliau yang sebenarnya, namun kini saya baru perasan. Lantas jari jemari mula menekan "keypad" handphone tanpa memperdulikan apa yang sedang diceritakan baik dari MANIFESTO LAPOK mahupun SLOGAN "ANDA CUMA PERLU IMPIKAN.....KAMI YANG AKAN REALISASIKAN." Pesanan ringkas SMS dihantar kepada dua sahabat perjuangan dimana kedua-dua mereka merebut kerusi UMUM dan wakil kepada JABATAN PERDAGANGAN bersama-sama saya untuk mengubah KABINET JPP kali ini. mereka berdua tidak diberitahu tentang perjumpaan ini. Impak kepada pesanan ringkas tadi, Respon "terkejut" diberikan oleh seorang sahabat saya, yang boleh saya katakan beliau lebih SENIOR di KABINET JPP pada sem lepas sebagai seorang yang berjawatan tinggi. terkejut dan keliru dengan apa yang sedang berlaku, kami berpakat untuk mengadakan perjumpaan pada ahad ini.(dia balik cuti). 

Saya sedar saya sebagai seorang yang boleh dikatakan baru dalam organisasi PSIS, siapa saya untuk bersuara? namun TIDAK sama sekali saya berdiam diri berkaitan situasi yang saya sendiri tidak berkenan melihatnya berlaku lebih-lebih lagi ianya melibatkan saya?. Tempoh berkempen sudah pun bermula, 

10 calon merebut 7 kerusi UMUM, 
dan 19 calon merebut 16 kerusi EXCO. 

Akhir kata dari saya, percayalah bahawa PERWAKILAN PELAJAR adalah Jawatankuasa yang mendengar masalah dan rungutan pelajar dan bukan untuk membebankan mereka dengan UNDANG-UNDANG BUDAK SEKOLAH...

Penutup kepada keraguan diatas tadi ialah dengan membantah penubuhan "beliau", dan cuba untuk menjernihkan keadaan...jangan GILE KUASE SANGAT...apa sekalipun yang sedang berlaku semasa kempen ini, saya tetap BEBAS dari sebarang hasutan. Saya sendiri dalam dilema...Antara dua...(next story)

Janji saya bahawa sekiranya saya berada di KABINET SEBENAR JPP PSIS, sebagai seorang ahli EXCO kepada jawatan apa sekalipun, walaupun hanya EXCO! tidak lah saya hanya mempersetujui kata-kata orang atasan saya dan tidak lah menggunakan PRINSIP dan MAKSUD ini :

JAWATANKUASA : Individu-individu yang tidak boleh berbuat apa-apa secara individu, dan hanya duduk bersidang untuk bersetuju bahawa tiada apa yang boleh dibuat secara bersama-sama.

InshaAllah saya buktikan kata-kata tersebut tidak benar sama sekali untuk kepimpinan JPP kali ini.
Janji kepada mereka yang bakal mengundi, saya tetap memperjuangkan hak dan kebajikan Mahasiswa Politeknik Sultan Idris Shah khususnya mereka dan kawan-kawan yang sering bercakap belakang, disebabkan tidak berani untuk kehadapan. Ingat kawan-kawan, aku juga pernah merasa pengalaman sebagai Mahasiswa sekolah berasrama penuh di PSIS.. kite ubah semua itu kita wujudkan yang lebih Matang dan Memberi kepuasan kepada diri kita, Warga PSIS...

CHANGE FOR THE BETTER...Undi Untuk Perubahan...

MUHAMMAD AMIR 'IZZAT BIN ROSLI
CALON KERUSI EXCO PILIHAN RAYA KAMPUS 2011
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH.

Assalamualaikum...

7 comments:

  1. teruskan usaha utk memenangi pilihan raya....

    ReplyDelete
  2. wow..new info for PRK PSIS.. tp i tgk ur name join skali dlm group tu? amacam nieh?

    ReplyDelete
  3. atukkau...terima kasih...tapi saya tak pasti sape awak nie..
    saya tersilap langkah time tu...dan keesokan harinya poster tu pon da siap..so saya tak boleh nk ckp ape...
    p/s : Poster kumpulan "Pro-Siswa"Mendokong Aspirasi Pelajar" yang ditampal di sekitar PSIS tidak ada kene mengena dengan saya, walaupun muka saya terdapat pada poster tersebut...jujur saya katakan,saya tidak memerlukan kumpulan sebegitu untuk terpilih dalam kabinet JPP..
    thanks folow...jgn lupe undi untuk perubahan..

    ReplyDelete
  4. tp ok lah tue.. u get bonus merit.. ade yg tmpl poster unk u.. tlng promote kn.. xpe2.. sy tetap undi..!!

    ReplyDelete
  5. MAAF KEPADA YANG FOLOW...SAYA X DAPAT NAK UPDATE BLOG SEKERAP MUNGKIN UNTUK RUANG KHAS PRK NI,DISEBABKAN MASALAH TERTENTU DAN TIDAK MEMPUNYAI KELAPANGAN,NAMUN...INSHAALLAH LEPAS PRK SAYA BUAT 1 LAPORAN YG TERBAIK UNTUK BACAAN KORANG SUME :)
    THANKS FOR SUPPORT...CHANGE FOR THE BETTER!

    ReplyDelete