Thursday, December 23, 2010

SEKITAR PILIHAN RAYA KAMPUS PSIS.

Mereka adalah kelompok-kelompok anak muda progresif bergelar mahasiswa yang mempunyai kesedaran sosial dan politik yang tinggi serta mempunyai inisiatif dalam memperjuangkan idealisme dan kebajikan mahasiswa. Melalui semangat dan inspirasi tersebut, mereka membentuk suatu jaringan pemikiran dan perjuangan bagi bertujuan mengembalikan keunggulan dan kegemilangan kepimpinan mahsiswa beridealisme, bebas, intelek, dan progresif di kampus. Inilah yang digelar Jaringan
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR.

 TRANSFORMASI TAMPOK KEPIMPINAN BARU JPP PSIS.

C.H.A.N.G.E F.O.R T.H.E B.E.T.T.E.R

MUHAMMAD AMIR 'IZZAT BIN ROSLI /
  JABATAN PERDAGANGAN / CALON KERUSI EXCO
PILIHAN RAYA KAMPUS JPP PSIS.

P/S : Laporan, info dan situasi semasa berkaitan PRK PSIS akan di perbaharui dari masa ke semasa di blog ini, terima kasih kepada yang "folow",Cadangan dan teguran yang membina amat kami hargai,direct komen di http://www.facebook.com/profile.php?id=100000632326006&v=info atau terus ke ruang CERITER KEDAI KOPI._ADMIN.


KERAGUAN DAN SUDUT PANDANG SAYA. (FASA II)

Assalamualaikum w.b.t buat semua yang sedang mengikuti ruang SEKITAR PRK PSIS ini, terlebih dahulu, saya mewakili diri saya secara peribadi menjelaskan bahawa penulisan dan pendapat pada ruang ini adalah dari sudut peribadi saya dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

 Saya mengatakan secara tegas bahawa apa yang sedang berlaku pada tempoh berkempen untuk PRK PSIS agak suram dan saya mengaku saya sendiri sebagai seorang calon kerusi EXCO agak kurang bersemangat untuk membangkitkan hal-hal politik kampung sebegini.

Saya bertanding kerana Kesedaran untuk merubah Tampok yang lame dan Galakan kawan-kawan, cabaran disahut dan kini Nama sudah tersenarai. (Pengalaman pertama) 

Apa yang diragukan ialah apa yang sedang berlaku oleh semua calon? Pada 24/12/2010 jam 2.30ptg, saya dijemput oleh seorang kenalan senior, dimana ajakan beliau kepada saya untuk mengadakan sebuah perjumpaan calon2 PRK bertempat di bilik **** kerana kata beliau ingin membuat sebuah kempen yang boleh memeriahkan lagi PRK kali ini. 

Kedatangan saya agak lewat, namun agak terkejut bilangan yang menghadirkan diri agak sedikit, sekadar 7 org pada waktu itu. Pembuka kata dimulakan oleh "ketua" sidang, dengan memberi "intro" kepada tujuan perjumpaan.

saya ringkaskan disini bahawa Beliau yang dimaksudkan dan seorang calon semester2(mungkin kuncunya) seolah-olah ingin mendominasi JPP yang akan dibentuk kabinetnya dalam masa seminggu lagi. Dan yang membuatkan saya terkejut adalah beliau menubuhkan sebuah kumpulan yang pada mulanya diberi tema MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR (MAP), namun berubah dalam masa 30minit kepada PRO-SISWA MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR. Saya jelaskan disini bahawa apa yang sedang dibincangkan dan direka oleh beliau adalah satu keraguan pada pihak saya dan sejujurnya saya tidak berminat langsung! 
p/s : Beliau berkata seramai 13 calon pilihan raya sudah berjaya ditariknya ke dalam "group" ini dan baki calon lain tidak dijemput disebabkan sesuatu yang seolah-olah dirahsiakan. hanya 7 org yang hadir pada perjumpaan itu, kerana yang lain balik bercuti.(Kesahihan tidak pasti). Beliau mengatakan bahawa 13 orang ini akan mendominasi JPP dan tidak mustahil yang "sedang bercakap" itu ingin kami yang mendengar ini mengundi beliau sebagai YDP? Hmm.....geleng kepaler......

Keraguan yang dimaksudkan adalah beliau seolah-olah menggunakan tektik kotor untuk menjadi Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pada PRK kali ini. memang beliau dilihat seperti ingin membuat satu fenomena luar biasa, namun saya percaya bahawa apa yang beliau sedang lakukan adalah hanya sebuah KABINET BAYANGAN yang ingin beliau realisasikan bersama PUAK beliau yang akhirnya dilihat seperti membuat perkara sia-sia dan berani saya katakan bahawa beliau menubuhkan PUAK yang jelas tidak menarik minat saya untuk berada lebih lama semasa di dalam perbincangan!

Ya! anda bertanya, kenapa saya ikut? jujur saya tidak mengetahui AGENDA beliau yang sebenarnya, namun kini saya baru perasan. Lantas jari jemari mula menekan "keypad" handphone tanpa memperdulikan apa yang sedang diceritakan baik dari MANIFESTO LAPOK mahupun SLOGAN "ANDA CUMA PERLU IMPIKAN.....KAMI YANG AKAN REALISASIKAN." Pesanan ringkas SMS dihantar kepada dua sahabat perjuangan dimana kedua-dua mereka merebut kerusi UMUM dan wakil kepada JABATAN PERDAGANGAN bersama-sama saya untuk mengubah KABINET JPP kali ini. mereka berdua tidak diberitahu tentang perjumpaan ini. Impak kepada pesanan ringkas tadi, Respon "terkejut" diberikan oleh seorang sahabat saya, yang boleh saya katakan beliau lebih SENIOR di KABINET JPP pada sem lepas sebagai seorang yang berjawatan tinggi. terkejut dan keliru dengan apa yang sedang berlaku, kami berpakat untuk mengadakan perjumpaan pada ahad ini.(dia balik cuti). 

Saya sedar saya sebagai seorang yang boleh dikatakan baru dalam organisasi PSIS, siapa saya untuk bersuara? namun TIDAK sama sekali saya berdiam diri berkaitan situasi yang saya sendiri tidak berkenan melihatnya berlaku lebih-lebih lagi ianya melibatkan saya?. Tempoh berkempen sudah pun bermula, 

10 calon merebut 7 kerusi UMUM, 
dan 19 calon merebut 16 kerusi EXCO. 

Akhir kata dari saya, percayalah bahawa PERWAKILAN PELAJAR adalah Jawatankuasa yang mendengar masalah dan rungutan pelajar dan bukan untuk membebankan mereka dengan UNDANG-UNDANG BUDAK SEKOLAH...

Penutup kepada keraguan diatas tadi ialah dengan membantah penubuhan "beliau", dan cuba untuk menjernihkan keadaan...jangan GILE KUASE SANGAT...apa sekalipun yang sedang berlaku semasa kempen ini, saya tetap BEBAS dari sebarang hasutan. Saya sendiri dalam dilema...Antara dua...(next story)

Janji saya bahawa sekiranya saya berada di KABINET SEBENAR JPP PSIS, sebagai seorang ahli EXCO kepada jawatan apa sekalipun, walaupun hanya EXCO! tidak lah saya hanya mempersetujui kata-kata orang atasan saya dan tidak lah menggunakan PRINSIP dan MAKSUD ini :

JAWATANKUASA : Individu-individu yang tidak boleh berbuat apa-apa secara individu, dan hanya duduk bersidang untuk bersetuju bahawa tiada apa yang boleh dibuat secara bersama-sama.

InshaAllah saya buktikan kata-kata tersebut tidak benar sama sekali untuk kepimpinan JPP kali ini.
Janji kepada mereka yang bakal mengundi, saya tetap memperjuangkan hak dan kebajikan Mahasiswa Politeknik Sultan Idris Shah khususnya mereka dan kawan-kawan yang sering bercakap belakang, disebabkan tidak berani untuk kehadapan. Ingat kawan-kawan, aku juga pernah merasa pengalaman sebagai Mahasiswa sekolah berasrama penuh di PSIS.. kite ubah semua itu kita wujudkan yang lebih Matang dan Memberi kepuasan kepada diri kita, Warga PSIS...

CHANGE FOR THE BETTER...Undi Untuk Perubahan...

MUHAMMAD AMIR 'IZZAT BIN ROSLI
CALON KERUSI EXCO PILIHAN RAYA KAMPUS 2011
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH.

Assalamualaikum...

Wednesday, December 22, 2010

BAkTi SiSwA (PaUtan KaSEh)

Assalamualaikum...
KAt sini nak cerita sebuah pengalaman aku...yang aku nk menaip pon mcm malas jer ni kan...sape nk bace pon aku tak tau lar..tapi yg penting ini blog aku, punyer suker lar nk tulis aper...tapi kAN! pengalaman ni memang best dan berharge bagi aku, so naluri aku kate kene tulis gak!

terima kaseh dekat rizal bin jamil sebab dia tulis nama aku untuk join program bakti siswa haritu...
baru je habes MSK ingat nak rehat petang tu...time tu hari jumaat 3 dec 2010..

dapat tau name aku tesenarai untuk join pogram ni....so? mcm malas jer? sebab ape? sebab lelaki yang terpilih untuk join sikit jer...aku? rajeh? haidir? abg fais? tu jer? yg lain? hhmm.....................
rizal ngn budak JPP yang lain jadi urusetia....


pogram ni melibatkan 5 politeknik......PSIS tuan rumah...

tak dapat lah aku nak cerita seketol2 pogram ni kat korang yang sedang membacer...cukup lah sedikit cerite yg diselitkan dengan gambar2 sbagai kenangan..ok :)

hari pertama :
aku tak tau pulak program ni ade mak ngn ayah angkat pulak?? aduh!
ni lah tentatif die :
2.00 - 2.30ptg = menaiki bas poli ke kg.parit baru sg. air tawar
2.30 - 5.00ptg = taklimat program dan penyerahan keluarga angkat di masjid parit baru (Aduh!!!)
5.00 - 5.30ptg = solat asar kat masjid parit baru
5.30 - 7.00ptg = bersurai ke rumah keluarga angkat
7.00 - 9.00mlm = solat magrib / kuliyah maghrib ngn sekali isyak
9.00 - 10.30mlm = taklimat untuk aktiviti esok :)

sesungguhnyer pade hari pertama aku sudah dilander kejutan budaye :( ini cerita hari pertama...


ini rumah keluarga angkat aku....

dan aktiviti2 yang seterusnyer di hari2 seterusnyer.....korang tgok gambar jerlar yeh? hahaha....

pertandingan memancing!!! huh! pergi dengan penuh harapan...tapi....
antare kami sekor ikan pon x dapat...
p/s:mate kail besar?

Politeknik Sultan Azlan Shah...kEnangAn...

Wakil Jabatan Perdagangan PSIS (bOYs)..oh Yeah!!!

DAN...AKTIVITI PON BERMULA...

Dafit! hahaha...game mkan buah pear...
pemenang tempat pertama?
kumpulan aku..ha3

game bola tmpar belon?
seronok giler...yg penting kumpulan aku menang tmpt ke3...
jadi lar....><

dan banyak lah lagi game2nyer..
dan yang pasti kumpulan aku, kumpulan 2 membolot kesemua game..
tak cayer? tgok la sndiri..


aku hanyer mampu melihat...
da penat kot..dorang baru smpai..
tuka lak...




akhernyer...Nasi Ambeng...
hu3..no komen..sedap2!


kami menjamu selere dengan penuh selere...
(haidir mkn sorg nasi ambeng!? ha3 tak adil!)


lepas makan...sesi penyampaian hadiah ngn sijil..
yang pasti kumpulaN Aku is the Power Combination.. :)


tangkap gambar ngn pengarah PSIS...
kenangan...SENYUM...1..2..3..
ini sebuah AGENDA :)




3 hari berlalu Program bakti siswa...akhirnye tiba saat untuk aku bersalaman untuk yang terakhir kali dengan mak dan ayah angkat aku selame diorang jage kitorang..maksod aku yang terakhir untuk program ni lah...lain hari inshaAllah jumpe lagi...rumah nye dekat je ngn poli...
akhir kate nk ckp program ni bnyk bgi pengalaman berharge tok aku...Dah lar...penat aku becerite ni.. zamer nk on9 lak pas ni...kwang3..

ini sebuah AGENDA...


Tuesday, December 7, 2010

"22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "


Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapanyna, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah )


Friday, December 3, 2010

Ku Harapkan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Sebelum2nYa. . . . (KHHELBDHS)



Assalamualaikum....
Alhamdulillah hari ni 3 DEC 2010, hari jumaat...semalam berakhir sudah Minggu Suai Kenal
(MSK sesi dec 2010) macam2 ragam dan kenangan manis aku dapat sepanjang menjadi sukarelawan untuk menjage lebih kurang 275 pelajar lelaki...memang tak rugi join...terima kasih faci2 yang lain :) Tugas kite dah habes..


KENANGAN M.S.K DEC 2010


PENYAMBUT TETAMU VVIP...
penutup msk :(




Awal pagi aku dah tersedar,solat subuh, dan kemas2 ape yang patot...yang lain masih tido...Kalau time MSK pukul 4.30 pagi dah gegarkan blok A1 ngn A2 bangon kan budak2 tu...hahahahaha...seronok sgt :)
Tapi.....pagi ni (3/12/2010) memang boring...x der ape nk buat....dalam pukul 10.30 pagi kang ada pendaftaran modul tak silapnyer... sekejap jer dah masok sem3...

macam2 soalan yang ditanyer dekat aku semalam...berkongsi cerita dan pengalaman aku dengan diorang, budak2 DIB sem1...17 orang tak silap....muke yang fresh dan InshaAllah boleh berjaya dengan segulung diploma 3tahun lagi...harapan aku dekat diorang agar belajar elok2..semestinya pelbagai cabaran yang akan kamu ditempuhi  masa belajar nanti...utk budak2 junior, apa yang buruk dari senior,jgnlah ikot...be your self...

Selamat datang ke jabatan perdagangan! (DIB)

Perjalanan semakin hampir...
Persaingan semakin sengit...
kini aku berada di semester3....yeah! memang seronok...ape yang seronok pon aku tak tau...tentang azam utk sem3 ni, tak der nak tanam azam sangat der...buat cam biaser jer....cool jer...yang penting aku tak kacau orang pon...dan aku dengan diri aku sendiri..,menuju untuk mencapai AGENDA aku...^^
apa2lah pon...yang penting kau happy...

Last nak cakap...
1)Terima Kasih Ibu ngn Abah kat rumah yang banyak berdoa dan memberi sokongan kat amir selama ni...
inshaAllah tuhan Murahkan rezeki keluarga kita...

2)Selamat datang ke Politeknik Sultan Idris Shah utk student yang baru...aku mengharapkan antara korang boleh menjadi pemimpin yang disegani dan disayangi dekat PSIS ni...(PRO-M)

3)Terima kasih kat semua2 yang terlibat MSK aritu....Walaupon bnyak kekurangan....blajar lah dari kesilapan...banyak pengalaman yg aku dapat, 1st time join ni...utk budak senior fight ramai2 dekat PILIHAN RAYA KAMPUS nanti...(Harapan Baru)

4)Untuk kawan2 DIB sem3...terutama kawan2 kelas...teruskan perjuangan kita...buat yang terbaik, tahniah sebab ramai yang dah meningkat ^^

Belajar dari kesilapan....kite imbau kisah haritu...kite senyum sorang2...

Terima Kasih SEmua...Selamat pagi.... :) Nak pegi daftat Modul...


- E.N.D-



Tuesday, November 30, 2010

HPNM!!!

ASSALAMUALAIKUM...
Agak lame aku tak tulis Blog disebabkan kekusutan kepale ni, dan kadang2 tak berape nak sehat... Alhamdulillah, harini kite bertemu...(7pagi / 30.11.2010) yang memang paling nak ditulis yang pertame sekali berkaitan ngan keputusan final aku...
26 November 2010 result final sem2 keluar...
when aku bukak je result tu...
Tarik nafas panjang...
Say ALHAMDULILLAH....
Tak der gagal....
tgok pointer?
Alhamdulillah....
kepale still 3....
Lame kelamaan aku tenung je result tu...
kaji 1 per 1 paper...
terharu tgok usaha aku selama ni agak berbaloi....sem2 mmg mencabar...masih terase kalau difikirkan...
kwan2 yg lain pnyer result ok..Alhamdulillah semua tak der repeat...
TETAPI.....
Sedikit hampa apabile kwn seperjuangan aku yg laen...
pointer nyer lgi jaoh kedepan dari aku? Memang hebat lar kawan2 aku...bukan senang nak dapat DEKAN budak2 DIB ni...
hhmm......aku dah buat yang terbaek aku rase, namun tiade harapan lagi untuk ke DEKAN...
pun begitu...berusahalah untuk mengejar ape yang dicari SEM3 nti...

P/S : A untuk fikh muamalat telah dijangker...B untuk Accounting finance adalah 1 kejutan...B- Statistik is 1 KELegaan...BUsiness plak? ok la tu... goreng-goreng dapat Boy...!!!

        "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak
pernah mengalah..." 

Monday, November 22, 2010

KALAH LAGI...



Dato' Lee Chong Wei tewas ke atas lawannyer Lin Dan...Hm..kecewa mmg kecewe lar kan...bekoba2 besile depan tv...tpi mcm ntah ape2 jer DLCW main...game ke3 tu, mmg lin dan hebat giler...tapi adat pertandingan lar kan,kalah menang...tapi asyek kalah jer? hmm....

tapi an kalo tgok muke DLCW an, muke die mcm kelakar...huhuh..mcm menggigil pon ader,mcm seram nmpk hantu pon ade time main tadi...Lin Dan gune ilmu ker?

tapi tabek same Lin Dan...die maen steady jer...ape2 pon tahniah untuk Dato' Lee Chong Wei bwak Lin Dan smpai 3game..haha..


YES! Saye no2! Pingat Perak pon jadi lar...........jgn lisaw lar...Next sem saye cube lagi...(InshaAllah)...
MALAYSIA....

Saturday, November 20, 2010

KITE IMBAU KISAH HARITU...KITE SENYUM SORG2,,





YANG PALING PADAT DENGAN KENANGAN.....



YANG PALING SELESE.....
(X SUME DPT NIKMATINYER)


YANG MEMBERI 1001 CABARAN
 VS KENANGAN MANIS...
(ROOMET!)


YANG TERDEKAT,SUME TERHEBAT...
tapi x cukup sorang lar? sape?..


SEBAB...DIE LAH EMAK DIE LAH BPAK...HAHAHA...SO,



YANG SEDANG BELAJAR JGN LAR GANGGU!!!


YANG JADI MCM TU SEBAB ESOK NAK FINAL...


YANG TAK PUAS HATI,YANG TAK TERLIBAT PON KENE TURUN...
NAK STUDY LA WOOOIII!!!


YANG PALING MEWAH KONDOMINIUM A3...
PALING BERSIH : ARAS 3..
SEJUK,NYAMAN DAN BERKHASIAT...


YANG SELAME2NYER...DAN YANG FOREVER2...
(SEDAP X SEDAP BLAKANG CITER...)


...YANG TERAKHER...BILE DAH PUKUL 3PAGI..
RETI2 LAR TDO...!
(Mimpi tak kan jadi kenyataan kalau kite asyek tdo...)


" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN
APA YANG DIIMAGINASI "

Kite imbau kisah haritu...kite senyum sorang2...

THANKs To : 
*AMIR 'IZZAT PHOTOGRAPHER
*KWN2 JP
*UPSIS TERCHINTER...

P/S : sumenYer x der double meaning...yg terbaek itu lah yg terindah...GUrau2 dlm gambar...jgn marah...LIKE! sebab....

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. 
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan" 



Assalamualaikum... 
-E N D- 


Friday, November 19, 2010

KeBAHAGIAan ke ni?

Untuk bahagia di sisi lelaki, anda harus lebih memahaminya dan mencintainya sedikit sahaja. Untuk bahagia di sisi seorang wanita pula, anda perlu lebih mencintainya dan jangan sesekali cuba untuk memahaminya!

Seorang wanita akan bimbang dengan masa hadapannya sehinggalah dia mendapat seorang suami.

Seorang lelaki pula tidak pernah berasa bimbang dengan masa hadapannya sehinggalah dia mendapat seorang isteri.

Seorang lelaki yang berjaya ialah lelaki yang mampu mencari wang lebih daripada apa yang dibelanjakan oleh isterinya. Manakala seorang wanita yang berjaya pula ialah wanita yang berjaya mencari lelaki tersebut!

Lelaki yang sudah berkahwin hidup lebih lama daripada lelaki bujang, tetapi lelaki yang telah berkahwin kebanyakannya lebih rela mati  awal!!! WOW! 

Seorang wanita apabila mengahwini seseorang lelaki berharap agar lelaki tersebut akan berubah. Seseorang lelaki pula apabila mengahwini seseorang wanita mengharapkan wanita tersebut tidak berubah...

Fikir2Kanlah..................Hurrmm...

Thursday, November 18, 2010

Nyanyi LagU nI..iNGAt KaT dIE..

Disini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
aku tanpamu
Bila esok hari datang lagi
Ku coba tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu, Oo~ meski tanpamu
Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamamu disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu, oo~ aku menunggu
~{}~
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
Oo~
Suara dengarkanlah aku